Pages

Tuesday, September 21, 2010

Puding Karamel

400ml susu segar / cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur - pada suhu bilik
2 biji kuning telur - pada suhu bilik
2-3 titik esen vanilla

*Alluminium foil

Bahan untuk karamel
5 sudu besar gula
2 sudu besar air




  • Sediakan karamel dimana bahannya dicampurkan sekali ke dalam periuk dan dimasak dengan api sederhana sehingga kekuningan & letakkan di dalam loyang.
  • Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau, masukkan gula sediit demi sedikit. Kacau perlahan sehingga sebati. Jangan biar berbuih.
  • Dalam periuk lain, masukkan susu dan esen vanilla. Panaskan hingga 6o degree / sedikit mendidih.
  • Dengan susu yang masih panas, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam mangkuk telur tadi. Kacau hingga sebati dan tuangkan ke dalam loyang yang ada karamel.
  • Tutup loyang dengan alluminium foil dan kukus dengan api yang sederhana selama 30 minit.
  • Bila dah masak, jangan dibuka terus alluminium foil. Biarkan 5 minit barulah dibuka.
  • Dah sejuk bolehlah simpan di dalam fridge.
* selain dari dikukus, boleh juga dibakar didalam oven dimana air suam perlu diletakkan ke dalam dulang pembakar terlebih dahulu. Masak selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.

2 comments:

IdzaLia said...

tq for sharing...
Lia suka sgt dgn karamel ni...

Sue said...

IdzaLia: makan time puding tu dah sejuk mmg besh!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails