Pages

Thursday, April 14, 2011

Bot Penambang

Ni kira kali kedua naik bot penambang sewaktu berada di TGG. Masa first time naik bot ni waktu Abbas kecik lagi. Rasanya belum sampai lagi setahun usianya. Mr hubby yang bagi idea nak bawa kiddos ni naik penambang. I follow jeeeeeee..


Inilah bot penambang..

Bot penambang ni akan bawa penumpang ke Pasar Payang. Penumpangnya kebanyakannya pun dari penduduk setempat je.






Bagi siapa yang tak tahu, Pasar payang ni memang agak terkenal dekat tengah bandar Terengganu. So sesiapa yang berhajat yang nak pergi ke sana, boleh lah singgah ke Pasar Payang beli kain pasang ke..songket ke..batik ke..sutera ke..keropok ke..emas ke..semuanya memang ada. Sampaikan ke telur penyu pun ada.

Hurm..teringat pulak masa kena makan telur penyu masa zaman pregnantkan Abbas dan Azziz. Tekak ni tak boleh nak terima rasa telur tu. Rupa bentuknya sebiji buah ping pong!

Okey, untuk tambang kitorang 5 beranak cuma RM10.00. Naik dari Pasar Payang. Dengan harga tu lah pemandu bot tu bawa kitorang ke Pulau Duyong yang terkenal dengan Monsoon Cup. Tak turun pun kat Pulau Duyong tu. Bila dah sampai Pulau Duyong, terus je patah balik ke Pasar Payang.




 Dari jauh dah nampak Pulau Duyong..








Selain dari menjadi pelancong dengan menaiki bot penambang, kitorang singgah Pasar Payang cari barang. Kali ni datang Pasar Payang memanglah tersangat-sangat suka sebab tak ramai orang. Cuba kalau datang time cuti sekolah ataupun time orang tak kerja, perrrggghhh! susah nak cari parking. Kesabaran memang perlu ada time tu.

Pada mulanya naik ke tingkat 1 nak cari kain pasang tapi last-last baju kiddos yang dibeli. 


 Kita try dulu..

 Hasilnya..Abbas dengan baju spiderman nya..

 And Azziz dengan baju "superhero"..(kata Azziz). Tapi nampak macam baju penunggang motor scrambler je..

Maryam takkan pulak nak pakai baju superhero pulak kannnn..

Bila dah ada baju superhero tu, kejap-kejap nak dipakai baju tu. Belum sempat nak kering Abbas dan Azziz dah tak sabar nak pakai balik.

And jangan tak tahu yang sehari before kitorang balik Shah Alam, kitorang naik lagi bot penambang sebab awal-awal lagi mr hubby dah mewar-warkan nak bawa anak-anak buahnya so bila dah war-war tu komfem lah bebudak akan tuntut kannnnnn.




Bezanya kali ni kitorang bayar tambang RM25.00 untuk pergi dan balik. Dengan harga tambang tu kitorang start naik dari Pasar Payang sehingga ke Pulau Wan Man yang terdapatnya replika-replika masjid yang ada diserata dunia termasuklah jugak dengan Masjid Kristal yang kini menjadi mercu tanda baru Kuala Terengganu.

Tapi tak berhenti pun kat situ. Cuma duduk dalam bot je. Feeling ala-ala naik gondola kat Venice.


 Abbas with his cousins..

 Masjid Kristal..





 Antara replika masjid yang ada kat situ..

Lepas puas naik bot penambang, boleh pulak Azziz start nangis sebab nak naik pirate ship sambil tunjukkan jarinya ke arah bot yang berhawa dingin. Mesti dia bayangkan yang bot berhawa dingin tu pirate ship. Tak pasal-pasal kena marah dengan makcik gila yang lalu kat sebelah kitorang.



P/s : Ye.. sekarang sudah berada di Shah Alam..and ada yang kena flu, batuk and sakit tekak pun ada.

2 comments:

kasihredha said...

bestnya dapat keliling2 dgn boat :)
ingat waktu kecik2 dulu..

Sue said...

kasihredha : zaman kecik lagilah seronok bila dpt naik ye kak..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails