Pages

Monday, April 4, 2011

Kita tengok penyu telur.. :)

Wah! lama sungguh tak bersiaran di lewat tengah malam. Tetiba mood malam ni datang pulak nak berblogging. Macam biasa lah semua ahli skuad yang lain dah pun tidur...zzzZZZzzzZZzzzz..nite!


Errr..ada soalan cepu emas, 3.00am dikira lewat malam atau awal pagi atau pun  lewat pagi?


Lepas ni akan bersiaran terus dari kampung mr hubby pulak. Ye....kitorang akan berada di sana untuk beberapa hari. Siapa yang nak kirim keropok lekor silalah bagitahu ye...(ajak-ajak ayam je..hehehehe).

Balik kali ni nak buat aqiqah untuk Azziz dengan Maryam sekali. Perancangan nak buat aqiqah ni sejak dari dulu lagi. Dari satu masa ke satu masa and last-last kali ni baru kena time nak buat. Abbas masa dia kecik lagi dah buat. Rasanya masa tu umur dia 6 bulan. Buat sekali dengan cukur jambul. Siap lengkap berpakaian dengan baju tidur berwarna biru lagi.

Kali ni tak adalah sibuk-sibuk nak buat cukur jambul. Azziz dengan Maryam pun dah besar. Kang tak sempat nak pegang gunting masing-masing dah heboh nak pergi main. Diorang 3 beradik pun dah dicukurkan rambut masa mama nya tengah dalam pantang lagi.

Sekarang ni pun dah duk fikir nak bawa baju banyak mana. Kalau bawa ngam-ngam,takut tak cukup pulak. Manalah tau kot-kot baju tak kering ke. Kalau bawak banyak tapi kalau tak pakai, lagilah buat penat je. Balik kali ni naik flight so kalau boleh memang tak nak bawa banyak barang.

Kalau naik kereta, bolehlah main sumbat je dalam bonet tu tapi bila dah naik flight ni, selagi boleh dicompact kan bag tu, selagi itulah akan disumbat segala macam khazanah. 

Yang penting bila dah naik flight ni, satu bag kosong akan disediakan dimana bag itu akan di isikan dengan spesis-spesis keropok, makanan dan juga buah tangan dari kampung. Kalau tak ada xtra bag kosong, ceruk mana pulak nak sumbat benda tu semua kan.

So..InsyAllah entry dari TGG akan dipublishkan..






na na na na na ganu kite..kite tengok penyu telur..lalalalalala..
P/s : Tengok telur penyu ada lah.. :)

2 comments:

kasihredha said...

nak balik Ganu ye?
Ganu kat mana sue?

Sue said...

kasihredha : a'ah kak..ganu kat Kuala Terengganu..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails