Pages

Wednesday, November 2, 2011

Drypers dalam hidupku :)

Komfem siapa yang ada anak kecik memang tak terkecuali untuk pakai diaper. Sama lah jugak dengan empunya blog ni.

Memang pelbagai brand diaper sudah dipakai. Tapi kebanyakannya nmemang pakai brand drypers. Dari awal beli dengan harganya kalau tak silap RM31.90 untuk L72 sehinggalah sekarang dengan harga RM35.90 dari range yang sama. Okey..harga RM35.90 tu memang tak sama dengan harga kat mana-mana pasaraya yang menjualnya.


Drypers yang menjadi peneman cloth diaper..

Secara peribadi, pakai Drypers ni okey. Selain dari harganya yang agak berpatutan, memang jarang lah nak bocor. Tak kiralah bocor tepi ke..depan ke..ataupun belakang. Tapi kalau dah minum air sebesen, tak logik lah kalau tak bocor kan.

Pernah sekali dulu, bilik atas memang bersusun je stok Drypers. Mana-mana pasaraya yang ada buat diskaun, komfem akan beli buat stok. Sampai mak yang datang rumah pun tanya yang kitorang ni nak jual pempes ke? Eh..tak adalah mak..itulah hobi kitorang sekarang ni.

Sepanjang dah beli Drypers ni, ada jugak dapat free gift macam flash card, spesis cooking gloves, changing mat, cawan telinga dan yang terbaru is T-shirt. Bila ada buat free gift ni, haruslah ambil peluang.


Ni lah yang spesis cooking gloves tu.. Lupa pulak apa nama sebenarnya sebab benda ni dah lama dapat..

 Changing Mat..

 Inilah dia cawan telinga..gelarannya sempena adanya dua pemegang ditepinya tu..and cawan ni lengkap dengan penutupnya sekali..

 Cotton T-shirt..ada warna hijau..

Kuning..

Biru..

So ketiga-tiga t-shirt percuma tu sudah dimiliki..

And sempena diorang ni buat Drypers Soft 1st Moment Campaign yang tengah duk keluar iklannya kat tv tu, me tak melepaskan peluang untuk mendapatkan sehelai selimut percuma.

Image by google..

Simple je kalau nak dapat selimut tu. Just amik gambar satu family bersaiz 4R dengan baby baru then isikan butir peribadi yang dikehendaki kat dalam satu A4 paper dan hantarkan kat pihak diorang ni. And of course lah baby baru i adalah Alli.

Time nak ambil gambar hari tu, punyalah berapa kali duk snap gara-gara nak ambil yang terbaik. Okey..itu tak ada dalam syarat-syarat nak dapat selimut tu tapi kena snap banyak kali sebab ada yang tak tengok kameralah..terlebih cahayalah..tak reti duduk diamlah. Puas dah mulut ni duk senyum. Nasib baik tak kejang.

Terima kasih kepada SIL yang menjadi jurugambar!


Akhirnya..antara gambar yang di snap, ini yang berjaya menjadi pilihan dihati..


Lepas tu nak dapat selimut tu kena hantar sekali dengan beg poli Drypers Soft New Born.

So sesiapa yang ada baby yang bawah umur setahun masa tempoh penebusan selimut tu dijalankan (sehingga 31 dec 2011), boleh lah join. Tapi beg poli NB56 kena hantar sekali ok.

And finally..selimut itu sudah pun sampai tengahari tadi. Sangatlah suka!


 Tengok pembungkusnya dahulu..

Inilah selimut yang dimaksudkan..lengkap sekali dengan poket untuk letak gambar 4R tu..



Benda yang percuma jangan dilengahkan. So apalagi..?

.

5 comments:

kasihredha said...

banyaknya dapat
best gak kan

sutera said...

Hi..Saye pun suke kumpul free gifts Drypers ni

Unknown said...

kasihredha: hihihihi..free gift kannnn

sutera : nampaknya awak pun pengguna Drypers jugak lah ye..

Rozita said...

Anak I pakai Huggies.. So sama lah macam u, I pun pengumpul barangan free dari Huggies. Dah memang diapers ni satu keperluan kann, apa lagi, mestilah nak rembat segala freegifts yang ada.

Unknown said...

Rozita : betul tu..yang free jgn lepaskan peluang..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails