Pages

Friday, December 23, 2011

Year End Trip

Hari tu kitorang masuk Singapore lagi. Alang-alang dah dapat voucher, so harus lah bawak kiddos ni jalan-jalan.

Sebelum masuk Singapore, mr hubby ajak singgah kat Johor Premium Outlet. Bagi yang tak tahu, kat situ kebanyakan tempat menjual barang-barang yang berjenama macam Guess, Ralph Lauren, GAP, La Senza, ESPRIT, Burberry, Coach, DKNY, Armani Exchage, Timberland, Calvin Klein and etc. Saving of 25%-65% everyday tu.


See?? sanggup 'Q' nak masuk butik Coach..

Masa kitorang sampai tu, dekat Coach outlet buat diskaun 50%. Memang ramai betul orang duk beratur nak masuk butik tu. Dah macam beratur tunggu nombor nak buat pasport pulak.

Dekat Singapore kitorang stay dekat Grand Park City Hall. Petang dalam pukul tiga lebih baru sampai hotel. Keluar rumah sebenarnya pukul 8.00am tapi kitorang ni kalau keluar pergi mana-mana, mesti ada je nak singgah sana lah..sini lah..Itu belum lagi singgah R&R dengan singgah station minyak.


Masa nak tunggu mr hubby cari parking..memang selamba je duk mewarna kat lobby hotel..

Okey..
Lepas je dah dapat bilik, rest kejap and lepas tu kitorang menuju ke Night Safari.








Anak teruna saya.. :)





Dah rupa tengah buat tai ci..tapi sebenarnya Maryam cakap "very strong"..sambil genggam tangannya..





Nak menuju ke entrance Night Safari..

Kat Night Safari ni memang tak dibenarkan ambil gambar dengan menggunakan flash jadi segala spesis haiwan yang terdapat kat dalam tu memang sekor pun i tak ambil. Kalau dah nama pun pakai kamera fon pastu tak ada flash, jangan haraplah nak nampak. Lagi satu, mulut jangan gatal nak buat bising. Memang tak dibenarkan. Itu yang kitorang duk ambil gambar kat luar je.

Kat dalam tu memang kena naik tram. So dari dalam tram tulah kitorang tengok spesis haiwan kat dalam tu. Apapun gajah dengan seladang memang masih segar lagi dalam ingatan ni. Mana taknya..saiznya memang besar!

Kedai souvenir of course ada jual. Tapi tak beli apa-apapun kat situ. Mula-mula tu berhajat jugak nak belikan souvenir untuk kiddos kononya souvenir dari night safari tapi bila tengok harganya..hmmm takpelah.

Selesai aktiviti kat night safari, memang nak cari tempat makan. Perut pun dah lapar. Nasib baik masa tu memang dah stand by bawa roti dengan makanan ringan so teralas lah perut ni sikit.

Kat singapore ni memang tak adanya senang nak cari food yang halal macam kat sini. Tapi kalau orang Singapore komfem tau kat mana yang ada jual food halal kan. Itu yang awal-awal lagi dah stand by makanan dari Malaysia (macam jauh bebenor bunyinya..huhu).

Anyway, kat dalam tu memang ada tempat makan tapi tak dapat dipastikan status halalnya. Tak adanya lah kitorang nak survey kedai yang mana satu jual makanan halal.

Masuk kereta and lepas tu kitorang terus pergi ke Mackenzie Rd. Kat situ ada satu restoran halal-New Hawa Restaurant. Actually restoran tu memang kitorang dah pernah try makan masa last year punya trip. Itu yang idea nak cari makanan halal tu kejap je datang.


Sayur chap chai..

Dried chilli chicken..

Chilli crab..

Oat prawn..





Nampak nau lapar..hahahaha..

Hari kedua kat sana, siang tu bawak kiddos pergi Jurong Bird Park. Actually birk park, night safari dengan zoo memang dekat antara satu sama lain. Tapi kali ni kitorang tak pergi zoo sebab last year dah pun pergi. 

Nak masuk entrance bird park tu memang cantik landskap yang diorang buat. Bunga orkid diorang siap buat macam pintu gerbang je. Cantik tak yah nak cakaplah kan. 


 Nampak yang macam pintu gerbang tu..kat atas tu yang berwarna-warni tulah bunga orkid segar..





 Orkid ungu..

 Orkid kuning..

 Ni orkid putih..besar dan cantik!..


Kat dalam bird park tu memang spesis burung je lah yang ada. Dari yang besar ke kecik memang ada. Masa tu pulak rasa malas nak amik gambar banyak-banyak. Gambar yang ada pun cuma beberapa je. Mungkin sebab kaki ni dah kejung duk menapak dari satu tempat ke satu tempat. 

Itu yang kitorang naik panorail je. Kebetulan hari tu pun hujan renyai-renyai so memang sesuai sangatlah kalau naik panorail. Kalau tak, duduklah dalam kawasan ala-ala pondok tunggu sampai hujan berhenti. 

Tapi kalau dah naik panorail, memang susah nak amik gambar burung yang dikurung kat dalam sangkar. Tengok dari atas je lah. And ada 3 station untuk panorail tu berhenti. Macam kitorang yang dah tak larat nak jalan, satu kawasan kitorang pusing naik panorail. Hihihi..

Kat dalam bird park tu jugak ada satu kawasan yang ala-ala sunway lagoon. Tapi kecik je lah dan hanya sesuai untuk budak je.


 Kawasan untuk penguin ni memang bising..bukan penguin yang bising tapi mulut orang yang bising. Dah rupa tengah lepak kat kantin sekolah je..pot-pet pot-pet..

 Gambar ni hanya difokuskan kat burung je..bukan mamat baju kuning tu..

 Kawasan burung ni memang bising giler. Dari sekor ke sekor duk buat bunyi..tapi sangat cantik!

 Flamingo ni warnanya lebih kurang pink..









Ni di kawasan tema air tu..dekat zoo diorang pun ada jugak..

Dalam panorail..fuh! masa dapat je duduk dalam panorail ni, memang best!..Kiddos pun nampak penat..



Habis dekat bird park, terus cari tempat makan. Disebabkan tak tahu kat area mana yang ada jual makanan halal, perkhidmatan google digunakan. Google punya google, last sekali kitorang buat keputusan pergi ke Capital Mall. Kitorang lunch McD je. 

Kat situ McD memang halal cuma kat dalam mall situ tak disediakan surau. Kata mak cik kat situ yang kat mall tak ada surau. Katanya lagi ni kawasan cha ya nun alif so memang tak disediakan.

Kalau nak diikutkan memang ada masa lagi nak solat tapi tak boleh nak makan bersantai-santai lah. Lepas makan je terus balik hotel. Memang tak ada nak singgah mana-mana. Nak window shopping pun memang tak. 

Time tulah jugak terfikir yang beruntungnya jadi Malaysian sebab senang nak cari food halal plus senang nak cari surau kat shopping mall. Oh! yes..

Malam tu pulak makan pekena seafood lagi. Tapi tak best! Patutlah tak ramai yang datang kedai tu. Rupanya tak berapa nak best food diorang tu. Kalau nak dicomparekan dengan Hawa Restaurant, memang jauh sekali. 

Masa tu kitorang order ikan masak steam. Tapi yang dihidangkan dah rupa ikan masak air je. Amik air kosong tu pastu tambah perasa. Terus jadi lauk ikan masak air. Pastu bila order beef sambal, dihantarnya hot plate beef. Sayur chap chai pun biasa je. Memang spoilkan mood kitorang.

Malam tu jugak kitorang ronda-ronda masuk Mustafa Centre which is satu-satunya mall yang bukak 24jam. Aktiviti lain memang dah tak ada nak buat lagi so tibalah masa untuk mencari souvenir.

Hari ketiga di Singapore..
Lepas breakfast terus keluar cari souvenir lagi kat Bugis Street. Kat situ ada satu kedai yang memang banyak jual tshirt bagi saiz budak. Bukan takat Bugis Street je malah kitorang masuk lagi ke Mustafa Centre. Survey punya pasal kannnn..kenalah jadi pembeli yang bijak.




3pm baru check-out. On the way nak balik Shah Alam, sempat jugak singgah Hard Rock Cafe. Kat situ dapatlah beli tshirt yang dikirim dengan romper untuk Alli. Haaaishh..romper lagi. Bising dah mulut mr hubby.. 


Mr Hubby : u ni tak habis-habis dengan romper

Me : Napa? U nak ke? Meh i belikan satu..huhuhuhu



.

1 comments:

Rozita said...

Baru terbaca entri Sue ni... macam best jer jurong bird park tu. Tak per, next time akak nak singgah situ pulak.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails