Pages

Friday, April 22, 2011

Malam ni saya aktif pulak.. :)

Malam ni aktif lain macam sikit. Sambil berblogging sambil berchating. Cengginilah bila mood dah datang. Oh yeah!

Malam ni pulak Abbas tidur rumah nenek dia. Before this dia dengan Azziz sekali tapi this time Azziz tak nak. Katanya "tololo nana wat lulu for Alzi"..atau lebih tepat sekali "tomorrow mama buat susu for Azziz". Azziz ni kalau dah bangun tidur memang komfem dia nak minum susu.

Maknanya kalau dia tidur rumah neneknya, jawabnya dia kena tunggu balik rumah mama dialah baru dapat minum susu sebab rumah nenek dia tak ada stok susu melainkan milo je. Bunyi macam jauh je jarak rumah nenek dia dengan rumah mama dia. Padahal dekat ya amat.

Ialah..bila mak longnya panaskan enjin kereta sebelum pergi kerja, komfem lepas tu bangun sebab diorang berdua ni kekadang tu tidur kat bawah je. Cuba kalau tidur kat bilik mama diorang, tak adanya nak dengar papa diorang panaskan enjin kereta meliainkan diorang ni bangun awal.

Actually baru je 4-5 kali bebudak (Maryam dikecualikan) ni start berani nak tidur rumah nenek diorang. Kalau sebelum ni jangan haraplah diorang nak tidur sana. Memang bertempek dengan mama diorang je lah.

Almost 2 minggu jugak kiddos ni masih dengan selesema dan batuk. Ubat untuk flu dan cough mahu ada 6 botol kot dah habis. And now my turn pulak duk srot-sret srot-sret sedut hingus..ngahahahahahaha..Mr hubby pun still duk batuk lagi and still makan ubat lagi.

Bila cerita pasal ubat ni kan, kalau nak dibandingkan me and mr hubby, dia lah lagi berdisiplin untuk makan ubat. Walaupun cuma batuk je, sanggup lagi kunci jam pukul 2.00am sebab nak makan ubat. Ini pun baru lepas pesan kat i supaya bangunkan dia kalau i still berjaga sampai pukul 2.00am.

Kalau wife dia ni, setakat selesema dengan batuk ni, jangan haraplah nak kunci jam bagai. Wa caya sama lu lah bro! Hehehehehehehe..

Okey..this saturday i ada appointment dengan doc selepas hampir 3 minggu tertangguh. This sat jugak akan amik darah untuk tengok tahap hb. Hurm..berapa lah tahap hb tu nanti agaknya.

Setakat ni pulak tak ada apa-apa perancangan khusus yang akan dibuat selepas habis appointment tu nanti. Tengoklah macam mana nanti. Kalau tak ada program nampak gayanya terus balik rumah je lah.


Okey..tadaaaaaa..nite!

Saturday, April 16, 2011

Help me..Kenapa macam tu?

Masuk hari ni je dah 5 hari kat bahagian kening atas (kiri) masih sakit lagi. Rasa memang macam sakit kepala yang berdenyut-denyut kat kening tu. Tapi tak tahulah kot-kot i sorang je yang rasa sakit kepala kat bahagian kening. Biasanya orang kata mata nak semakin rabun lagi tapi biar i ceritakan dulu ok.

Tapi yang pasti puncanya masa fligt hari tu nak touchdown. Ingatkan before this memang saje je nak sakit tapi kalau dah sampai 3 - 4 kali jadi sakit macam ni apa cerrr kannn?

Memang sebanyak 3 -4 kali kepala ni sakit bila everytime (bunyi macam selalu naik flight je..ceh!) flight nak touchdown. Apalah silap agaknya ni ye? Kalau nak dipikir dan diolah balik, rasa macam ada kaitan dengan pressure. Tapi apakah term yang sesuai sekali untuk disebut ek? Senang lah sikit nak google kat internet.

Cuma bezanya kali ni lama pulak sakit ni nak hilang. Dulu tu bila flight dah touchdown memang hilang terus berdenyutnya. Ini boleh pulak bawa sampai ke 5 hari.

Ada jugak terpikir kot-kot jerawat batu nak muncul kembali. Tapi still tak nampak punatnya untuk terus mengembang dan terus kembang.

Ada tak sesiapa disini yang boleh bagitahu kenapa sakit kepala kat atas kening ni tak hilang-hilang lagi and pakah kaitannya dengan flight yang nak touchdown.

Thank you very much!

Friday, April 15, 2011

Maryam with her Minnie mask

.


Maryam with her minnie mask.. :)

.

Aqiqah

Sabtu lepas telah berlangsungnya majlis aqiqah untuk Azziz dan Maryam. Majlis diadakan di rumah abang mr hubby sebab majlis tu sekali dengan majlis naik rumah barunya.








Sedang melapah seekor lembu..









Antara lauk-pauk yang ada..

Dari awal pagi hinggalah ke malam memang cuaca sejuk je sebab hujan. Kejap hujan pastu berhenti..pastu hujan balik dan seterusnya. Sampai tempias-pias la.

Untuk menu pulak, ada lauk acar timun, daging gulai, ayam masak merah, sambal belacan, ikan masin, kerabu taugeh, pucuk paku masak lemak dan sayur kacang panjang goreng dengan hati ayam.

Bubur kacang hijau dan pisang sebagai pencuci mulut, air sirap serta nasi minyak dan nasi putih.

And Alhamdulillah majlis tersebut berjalan dengan lancar dan lauk-pauknya pun tak berlebih sangat. So tiadalah pembaziran.

Thursday, April 14, 2011

Bot Penambang

Ni kira kali kedua naik bot penambang sewaktu berada di TGG. Masa first time naik bot ni waktu Abbas kecik lagi. Rasanya belum sampai lagi setahun usianya. Mr hubby yang bagi idea nak bawa kiddos ni naik penambang. I follow jeeeeeee..


Inilah bot penambang..

Bot penambang ni akan bawa penumpang ke Pasar Payang. Penumpangnya kebanyakannya pun dari penduduk setempat je.






Bagi siapa yang tak tahu, Pasar payang ni memang agak terkenal dekat tengah bandar Terengganu. So sesiapa yang berhajat yang nak pergi ke sana, boleh lah singgah ke Pasar Payang beli kain pasang ke..songket ke..batik ke..sutera ke..keropok ke..emas ke..semuanya memang ada. Sampaikan ke telur penyu pun ada.

Hurm..teringat pulak masa kena makan telur penyu masa zaman pregnantkan Abbas dan Azziz. Tekak ni tak boleh nak terima rasa telur tu. Rupa bentuknya sebiji buah ping pong!

Okey, untuk tambang kitorang 5 beranak cuma RM10.00. Naik dari Pasar Payang. Dengan harga tu lah pemandu bot tu bawa kitorang ke Pulau Duyong yang terkenal dengan Monsoon Cup. Tak turun pun kat Pulau Duyong tu. Bila dah sampai Pulau Duyong, terus je patah balik ke Pasar Payang.




 Dari jauh dah nampak Pulau Duyong..








Selain dari menjadi pelancong dengan menaiki bot penambang, kitorang singgah Pasar Payang cari barang. Kali ni datang Pasar Payang memanglah tersangat-sangat suka sebab tak ramai orang. Cuba kalau datang time cuti sekolah ataupun time orang tak kerja, perrrggghhh! susah nak cari parking. Kesabaran memang perlu ada time tu.

Pada mulanya naik ke tingkat 1 nak cari kain pasang tapi last-last baju kiddos yang dibeli. 


 Kita try dulu..

 Hasilnya..Abbas dengan baju spiderman nya..

 And Azziz dengan baju "superhero"..(kata Azziz). Tapi nampak macam baju penunggang motor scrambler je..

Maryam takkan pulak nak pakai baju superhero pulak kannnn..

Bila dah ada baju superhero tu, kejap-kejap nak dipakai baju tu. Belum sempat nak kering Abbas dan Azziz dah tak sabar nak pakai balik.

And jangan tak tahu yang sehari before kitorang balik Shah Alam, kitorang naik lagi bot penambang sebab awal-awal lagi mr hubby dah mewar-warkan nak bawa anak-anak buahnya so bila dah war-war tu komfem lah bebudak akan tuntut kannnnnn.




Bezanya kali ni kitorang bayar tambang RM25.00 untuk pergi dan balik. Dengan harga tambang tu kitorang start naik dari Pasar Payang sehingga ke Pulau Wan Man yang terdapatnya replika-replika masjid yang ada diserata dunia termasuklah jugak dengan Masjid Kristal yang kini menjadi mercu tanda baru Kuala Terengganu.

Tapi tak berhenti pun kat situ. Cuma duduk dalam bot je. Feeling ala-ala naik gondola kat Venice.


 Abbas with his cousins..

 Masjid Kristal..





 Antara replika masjid yang ada kat situ..

Lepas puas naik bot penambang, boleh pulak Azziz start nangis sebab nak naik pirate ship sambil tunjukkan jarinya ke arah bot yang berhawa dingin. Mesti dia bayangkan yang bot berhawa dingin tu pirate ship. Tak pasal-pasal kena marah dengan makcik gila yang lalu kat sebelah kitorang.



P/s : Ye.. sekarang sudah berada di Shah Alam..and ada yang kena flu, batuk and sakit tekak pun ada.

Sunday, April 10, 2011

Makang ikang, sutong dan udang celuk tepong.. :)

Aktiviti yang pasti akan dilakukan bila berada di TGG ni iaitu bermain sand sambil menikmati hidangan seafood celup tepung telah pun dilakukan dengan fun sekali. Cuma tambah lagi satu aktiviti lagi iaitu main bola. Itupun last minute baru decide nak pergi coz sepatutnya nak pergi pada keesokan harinya.

Kali ni tak bawa sand bucket kiddos so before nak sampai pantai tu mr hubby pergi cari kedai Hock Kee Seng. Kedai tu kira ala-ala pasaraya Bilion la. Dapat beli satu and share lah diorang diorang bertiga dengan cousins yang yang lain.

Sampai je destinasi yang nak dituju, mr hubby terus bawa kiddos and anak-anak buahnya yang lain pergi membentangkan tikar dipersisiran pantai and me terus pergi beli sotong, ikan dan udang celup tepung.




Memanglah sangat berpuashati dengan sotongnya yang tersangatlah segar and walaupun i kena tercegat kat situ lebih kurang dalam 10 minit. Dah lah segar pastu ditambah pulak dengan size sotong tu yang besar la jugak which is harganya pun tak mahal mana pun. Bagi spesis yang jakun macam i ni haruslah xcited kannnn.

Masa tu ikan yang i beli tu pun ngam-ngam je baru lepas dimasak and udang celup tepung tu pun still fresh lagi. Kalau nak ikutkan nafsu makan ni, rasa nak beli je banyak tapi amalan syaiton tak perlu diikutkan sangat.



 Udang..

 Ikan..

 Sotong..

 Yang ni komfem dah tahu kannnn.. :)

So harga untuk 1 ekor ikan selayang, 1 ekor ikan kembung, 12 ekor udang, 2 ekor sotong dan 4 bungkus air jagung is RM31.00.


 Jangan berebut ye..

Mr hubby with kiddos and anak-anak buahnya..



 Haaa..yang baju pink syiok betul mengadap makan..















Group 1..

Ini pulak group 2..



Itu dia baju biru yang takmo mengalah..ngahahahaha..Itu yang boleh menang dengan jaringan 10-5 tu..

Memang seronok bila tengok kiddos pun seronok. Kiddos ni memang suka main sand. Itu yang sempat lagi singgah Hock Kee Seng sebab nak cari sand bucket. 

Hurmmmm..adakah masa masuk rumah baru nanti kena mintak mr hubby sediakan satu kawasan khas untuk kiddos bermain dengan sand???? Think..think..think..think..

Wednesday, April 6, 2011

Sudah berada di TGG

Sudah berada di TGG..Alhamdulillah perjalanan semuanya berjalan dengan lancar.

Semalam pukul 7 dah ada dekat LCCT. Lepas check-in terus je beli McD untuk kiddos sebagai dinner diorang. Beli satu juga untuk mama diorang sekali. Tak sangka pulak habis burger tu seorang sebiji. Lapar jugak diorang ni. Patutlah bila nampak je mama diorang duk mengendong plastik McD terus je cakap lapar nak makan.

Tapi Maryam tak adalah makan burger tu sebiji. Dia cuma makan fries. Untuk Maryam memang sekadar alas perut dia je. Itupun dia berhajat nak pegang burger abang-abangnya.


 Sementara tunggu papa nya pergi check-in..

 Apa yang syiok main lalu bawah tu pun tak tahulah..



 Mr hubby sedang menikmati Spicy McChicken wifenya..sharing is caring..:)



Dalam flight pun kiddos tak peel so rasa berbunga-bunga je hati ni. Mula-mula tu risau jugak kalau-kalau Azziz or Maryam peel dalam flight. Dah lah masing-masing mempunyai lontaran suara yang cukup power.

Kalau stewardess dalam flight tu duk cakap guna bantuan speaker, diorang tak yah nak guna bantuan speaker dah. Komfem dari seat depan sampai seat belakang boleh dengar..hehehehehe..

Sampai je airport TGG, PIL dah standby untuk amik kitorang. Balik rumah and pot pet - pot pet dulu barulah tidur. Of course makan dulu sebab perut perlu diisi dengan makanan agar dapat tidur yang tenang. Cewah!

Sekarang ni pun rumah sunyi sikit sebab Abbas dan Azziz dah ikut papa diorang pergi rumah BIL. Termasuk juga sepupu-sepupu diorang yang lain. Now lenalah sikit Maryam tidur. Itu yang ada time sikit nak berblogging ni.

Hari ni pun duduk rumah je and esok baru start nak keluar cari barang yang ada dalam senarai. Kalau esok cuaca panas, komfem ketiak basah masa nak mencari barang.

Kat sini kalau cuaca panas, rasanya lain macam sikit. Mungkin sebab dekat dengan pantai so terasa la jugak bahangnya. Tapi kat sini kalau mandi tengahari terik sekali pun, airnya tetap sejuk. Itu yang best je.

Perkara yang pasti akan dilakukan bila setiap kali balik sini, kitorang akan pergi makan sotong, udang dan ikan  celup tepung kat tepi pantai. Aktiviti ni memang best. Sambil makan sambil main sand.

Yang lebih makannya i dan yang lebih main sand nya kiddos dan papa diorang..ngahahahahaha..Mandi memang tak adalah sebab pantai berdekatan sini tak sesuai untuk bermandi-manda.

Hurmmm..apsal tetiba tekak ni rasa nak makan kopok lekor ek?? Mentang-mentang dah sampai ganu, dan dan tu nak makan kopok lekor..hehehehehehehe.. Ni yang kena sms mr hubby ni. Alang-alang dia dah ada kat luar. Sebelum dia sampai rumah, harus bagitahu dia cepat-cepat.
Related Posts with Thumbnails