Pages

Friday, February 24, 2012

Alhamdulillah..aktiviti harian bermula kembali

Selasa hari tu, Alli dan Maryam dah boleh nak golek-golek kat rumah. Meaning that diorang dah discharge. Yes! I'm happy but dalam masa yang sama jugak kerisauan masih lagi berada dalam hati ni.


 Maryam cakap barney dia pun fever..itu yang dia amik syringe bagi makan ubat kat barney..:)

 Nak pegang baby Alli jugak..

 Tunggu time nak balik rumah..


Tentang Maryam..
Masa awal dia dimasukkan wad disebabkan demam + positive with Leptospirosis, ada satu blood test yang dibuat dimana ianya dihantar ke makmal IMR (Institute for Medical Research) telah pun diketahui masa Maryam dimasukkan ke wad semula untuk episod ke 2.

Resultnya menunjukkan Maryam berkemungkinn positif Leptospirosis dan juga berkemungkinan negatif. So beberapa sehari sebelum discharge hari tu, paed ada buat blood test lagi sekali. Satu untuk dihantar ke makmal hospital dan satu lagi akan dihantar ke IMR semula. Yang hospital punya resultnya still positif tapi result dari IMR berkemungkinan akan diketahui sabtu ni.



*Paed ada terangkan kenapa result dari IMR sebegitu rupa tapi me dah blurrr kejap. So tak dapat nak terangkan disini.*



Itu lah yang menjadi kerisauan buat me and mr hubby. Tentang bone marrow pulak, procedure tu memang delay dulu. And seriously, we are still hoping yang tiadanya istilah procedure bone marrow dalam kamus hidup Maryam.

Walaupun itu sebenarnya jalan yang terbaik untuk dilakukan demi mengetahui tahap kesihatannya, jauh di sudut hati kalau boleh memang nak elakkan sebab dia terlalu kecil untuk semua itu. And of corse lah bila dah kena buat bone marrow ni dalam kepala dah duk fikir "serius sangat ke sakit Maryam?".

So far sekarang ni Maryam aktif and ceria seperti sediakala. Selera makan pun dah kembali normal macam dulu. Macam hari ni, pantang nampak makanan je, terus nak. Nak eat itulah, inilah. Lunch tadi pun memang kemain banyak dia makan. Suka sangat tengok dia makan tadi!

And me still pantau suhu Maryam. Siap buat rekod dalam graf lagi!

Tentang Alli pulak..
Sekarang ni kekerapan muntah dia dah mula macam dulu. Kalau dulu bila lebih minum susu je mesti akan muntah. Pastu lepas keluar dari wad masa first dia dia masuk dulu tu, elok pulak dia tak muntah. Cuma lately ni je muntah dia datang balik. Kompius jugak. Nafas dia pun still ada bunyi sikit. Hmmmmmm..

Ubat-ubatan untuk Alli tak yah nak cakaplah. Pelbagai jenis yang paed bagi. Dari yang botol kecik, hinga ke botol besar. Dua jenis inhaler pun ada.




 Seretide Evohaler..image by google..

Ventolin Evohaler..image by google..



AeroChamber..Seretide & ventolin evohaler tu akan dimasukkan ke dalam satu lubang khas untuknya (warna oren dekat dgn bear tu)..kemudian dipam terus..image by google..


 Image by google lagi..malas nak amik gambar sendiri..


So memang bersusunlah ubat kat dalam fridge.

And lately ni jugak lah kelihatan Abbas kurang aktif. Memang nampak dia lesu je. Macam kelmarin balik dari kelas, dia boleh tidur selama 4 jam setengah. Pastu malam senang pulak dia tidur. Kalau tak, manjang tidur siang, mesti susah nak tidur malam. Lagi satu Abbas ni jenis yang susah nak tidur siang. 

Sama lah macam semalam. Tak cergas sangat. Dia tak sihat ke?????????



.

2 comments:

kasihredha said...

Alhamduillah dah discharge..harap2 semuanya ok.

tembamnya alli...geram nak cium

Sue said...

kasihredha : sememangnya itu yg kami sekeluarga harapkan..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails