Pages

Thursday, February 16, 2012

Nak mereka peroleh kesihatan yang baik

.
Alhamdulillah..setelah 15 hari berada dihospital, anak saya dibenarkan pulang ke rumah. Thanks to family members, rakan blogger dan rakan-rakan yang telah meluangkan masa untuk melawatnya dihospital. Tidak lupa juga pada yang memberi kata semangat dan bertanyakan khabar melalui sms, fb, email dll. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian. Terima kasih juga atas doa kalian semua. Semoga anak saya akan terus aktif dan sihat sepenuhnya seperti sediakala. InsyaAllah.


Itu adalah status fb yang dibuat sehari selepas Maryam dibenarkan pulang ke rumah setelah 15 hari berada diwad. Tapi sehari selepas dia keluar dari wad tiba-tiba suhu badannya naik tinggi dan pada hari yang sama jugaklah me and mr hubby terus bawak dia ke hospital.

Dia ditahan wad lagi!

Sebelum nak discharge hari tu, paed ada cakap sekiranya suhu badan maryam naik, memang kena bawa terus ke hospital. Itu yang tengahari isnin hari tu terus kol mr hubby kat ofis. Hari ni je dah masuk hari ke empat Maryam diwad.

Kalau nak ditanya mengenai perasaan ketika ini, memang susah nak diluahkan dengan kata-kata. Apa yang pasti segala macam benda yang bermain dalam kepala ni. Sedih, takut. risau dan segala macam benda yang duk ada dalam kepala ni.

Perjumpaan dengan paed kali ni sesungguhnya menambahkan lagi kerisauan buat kami sekeluarga. Lapan jenis darah diambil termasuk juga urine.

7 result darah dah pun diketahui dan alhamdulillah semuanya normal. Result air kencing pun normal. Sekarang ni me and mr hubby hanya menunggu result untuk penyakit SLE.

Tapi sekiranya result SLE pun negatif jugak, paed dah bagitahu untuk kami bersedia sample sum sum tulang (bone marrow) Maryam diambil. Katanya lagi, itu adalah pilihan yang terakhir untuk pastikan apa sebenarnya masalah kepada punca demam dia yang berpanjangan.

Kalau resultnya nya normal, kami sekeluarga syukur sangat. Maknanya dia hanya mengalami infection biasa. Tapi kalau sebaliknya???? Hanya Allah yang tahu apa perasaan me and mr hubby.

Sedih? Manusia mana yang tak sedih bila tahu anaknya sakit. Sedangkan demam biasa pun dah sibuk nak cari cool fever. Inikan pulak sakit yang lebih berat.

Hopefully punca demam Maryam berpanjangan hanya disebabkan infection biasa.

Sekarang ni suhu Maryam masih lagi belum tahap stabil. Kadang-kadang dari 36.6 boleh terus jadi 37.8.Bila suhunya cecah 36, memang terasa lega sangat. Tapi bila naik tinggi, sampai 39 macam hari tu? Entahlah.......................

Kata paed "boleh jadi tanda awal kepada kanser". Yup! sesungguhnya kata-kata tu membuatkan me and mr hubby sebak. Tapi itu adalah katanya tapi hanya Allah yang tahu segala-galanya

And disebabkan itulah pilihan yang perlu dilakukan sekiranya kesemua blood test yang dibuat adalah negatif ialah dengan mengambil sample dari bone marrow Maryam. Itulah satunya cara yang dapat mengesan punca pemasalahan kesihatan Maryam selama ini sebab katanya lagi kadang-kadang blood test pun tidak semestinya dapat mengesan apa-apa tanda penyakit.

Kata orang mencegah itu lebih baik dari merawat and sememangnya itu adalah satu kata yang betul dan tepat.

Sekiranya sample bone marrow diambil dan didapati Maryam mengalami masalah kesihatan, dia akan dirawat dengan lebih awal. Tapi sekiranya sample tersebut tidak diambil dan sebenarnya dia ada masalah kesihatan dan mungkin dah stage kedua or ?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Tapi kalau result SLE negatif and Maryam dah totally baik dari demamnya, itu adalah satu kegembiraan buat kami sekeluarga.




 Minum milo je..Time ni Maryam tak heran nak breakfast pun..lunch pun tak..papa dia belikan calsium pun tak diherannya. Last-last makan biskut gulung je..

 Kena buat nebulizer coz hari tu dia ada batuk and paed nak elakkan dia dari terus batuk..

 Siang hari..main dengan mamanya..

Tengah makan dia boleh nak tidur..dulu pernah jadi macam ni jugak..dia mengantuk atau dia tengah letih??..Itu yang terdetik dalam hati ni..


Sekarang ni jugak Alli pun sedang berada didalam wad disebabkan Acute Bronchilitis. Abbas dan Azziz pun dah demam dengan batuk sampai tengah malam pun Azziz dimandikan bagi tujuan kurangkan suhunya yang mencecah 39.2.




Satu ujian buat kami sekeluarga.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya and hanya Dia yang tahu. Harapan kami sekeluarga agar mereka terus peroleh kesihatan yang baik. InsyaAllah..

6 comments:

eynda said...

Sue...bergenang air mata eynda baca entry ni... semoga anak2 sue kembali sihat & ceria seperti kanak2 lain. Moga sue & hubby tabah dgn dugaan dari Allah...pasti ada hikmahnyer... Allah menduga umat2 yg Dia sayang... Insyaallah semua akan kembali seperti sediakala...

** Tengok Maryam tido terbayang Hannah sebab tu sayu sangat...

intannazirajalil said...

kak sue..
intan doakan segala2 akan berkahir dengan berita gembira..
intn doakan akk & en fadzil akn terus tabah dengan ujian Allah ni demi anak2 akk...
keep strong ye kak..
intn doakan yg terbaik buat famili akk..
amin ya rabbal 'alamin...

Ibuhani said...

Dlm pembesaran anak2 mmg mcm2 dugaan yg kita kena lalui. Demam tu mmg penyakit biasa kanak2.....dugaan bg kita ibubapa. Smoga anak2 sue diberi kesihatan yg lebih baik.......kuatkn semangat demi anak2 juga adalah satu pengorbanan......smoga dipermudahkan dlm perjlnn membesarkan anak2.

kasihredha said...

ye Allah sedang menguji...semoga tabah kerana pasti ada hikmah di sebalik semua ini.
Tabah dan terus tabah ye sue
hugsss

raFida oThMan ( fiEda ) said...

tanpe ku sedari sambil bace, sambil menitik air mate aku.huhu... sebak aku sue, xdpt bayangkan klu aku kat tmp ko. ape2 po, harap dan berdoa sgt2 supaye alli n maryam cpt2 sembuh.ko n hsbd byk2 besabar. 1lg ko n hsbd jage kesihatan jgk ye.kuatkan semangat, byk kan doa. :)

Sue said...

eynda, kasih redha, intan, fieda, ibuhani : Terima Kasih semua..doakan yang terbaik untuk mereka..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails