Pages

Saturday, February 4, 2012

Maryam..positive with Leptospirosis

Nak mula kan macam mana ek? Hmmmmmmmmmmmmmmmmm..

Untuk minggu ni rutin harian ada sedikit bertukar. Kalau sebelum ni tak ada buat macam ni tapi sekarang ni dah kena buat.

Actually my cute Lil' Princess Maryam sedang berada dihospital. Malam ni atuk, mak long dan abangnya Abbas yang join temankan dia.

Biasanya siang hari lepas Abbas balik dari kelas, me akan terus ke hospital. Pastu bertempek lah kitorang anak-beranak kat dalam wad disebabkan Maryam yang positif dengan Leptospirosis atau juga dikenali dengan kencing tikus. Yup! kencing tikus. Okey..of course sangat terkejut dan sangat sedih.

Tak tahulah macam mana and dari mana Maryam boleh kena. Pada mulanya dia start demam since dec last year. Malah masa Alli masih dekat wad lagi dia memang dah demam. Dengan selera makannya yang totally hilang sampaikan me and mr hubby paksa dia makan tapi memang dia tak heran langsung. Dia boleh kemam nasi dalam mulut sampai dia boleh tertidur!

Tiga kali pergi Mediviron and tiga kali tu lah antibiotik jenis yang berbeza diberi dan kali yang ketiga tulah dibuat blood test.

Dalam masa yang sama bila dia makan antibiotik yang ketiga tu (hanya dimakan untuk 3 hari sahaja), condition dia memang nampak tak berapa beza sangat pun. Memang tak adanya lah nak tunggu lama-lama, tak sampai hari ketiga dah pergi ke hospital.

Hari tu jugaklah Maryam dah kena tahan wad tapi disebabkan katil penuh, next day tulah baru dia masuk. Macam biaslah bila dah masuk wad ni..buat blood test dengan urine test sekali. Result untuk denggi, kepialu dan malaria memang negatif. And urine pun okey. So tunggu result kencing tikus pulak.


 First day masuk wad..

The next day barulah result kencing tikus keluar and ianya positif!

Me : So memang komfemlah anak saya kena kencing tikus?

Paed : Yes! 

Me : Ok..

Paed : Sometimes air tin yang kita beli tu boleh dicemari dengan kencing tikus. Pastu kedai makan yang kotor dan yang telah tercemar..bla.. bla.. bla.. bla..

Hari yang sama result kencing tikus keluar Maryam terus dibagi antibiotik melalui injection. Kesian tengok dia..nangis masa nak masukkan jarum. Sedangkan tangan kita yang tua ni bila tersalah sikit pun dah sakit inikan pula dia yang baru 2 tahun. Tapi alhamdulillah masa proses nak masuk jarum tu memang nampak smooth je.


 Time ni tengah syiok conteng buku mamanya..



 Bila dah tahu mama dia amik gambar..terus dia suruh amik lagi dengan gayanya tersendiri..

 Dah ready untuk Maryam..

 Masih lagi boleh senyum sebelum paed mula masuk jarum..

 Nampak lagi matanya kemerahan lepas menangis..

 Dia macam pelik je tengok tag tu..

 Nangis nak makan lolipop..

 Lunch time..

 Sama macam abang-abangnya..suka dengan sup..masa ni dia dah ada selera makan..seronok sangat bila tengok dia mula enjoy makan..

 Masa ni tengah nyanyi lalalalala..

 Sampai tertidur..

 :(..


Hari ni je dah masuk hari ke lapan Maryam di wad. Ingatkan dia dah boleh balik tapi disebabkan demamnya yang still tak hilang, selagi tu lah paed tak lepaskan balik. Kata paed kalau kes macam Maryam ni memang lama sikit duduk wad. Malam tadi pulak paed tambah ubat antibiotik yang baru. Hopefully antibiotik kali ni akan buatkan dia tak demam. But if still tak jalan jugak, blood test akan dibuat sekali lagi untuk tujuan mengenal pasti masalah yang lain.

Ya Allah..semoga Maryam terus peroleh kesihatan yang baik dah kembali sihat seperti biasa.

Kesian sangat dekat dia. Time nak balik mesti dia nak ikut.

Me : Maryam, mama nak balik. Maryam sleep with papa ye. Tonight Papa ep (tepuk) Maryam tau.

Maryam : Nanak (tak nak). Mama ep.

Serius memang nak nangis.

Kalau tengah siap nak balik rumah mesti dia terus nak pakai selipar pastu cakap nak follow mama balik.

Sementara Maryam di wad, mr hubby yang menjaganya. Ialahkan..Alli baru je keluar wad. Itu yang lepas Abbas balik dari kelas je me terus pergi hospital.



 Hero-hero tersayang..sorang main angry bird, dua orang tengok tv and budak bam bam tengok mama nya..

 Tengah bagi ubat..

 Satu untuk Maryam and lagi satu untuk Alli..thanks to kompeni mr hubby!

 Kek tu sempena birthday mr hubby hari tu..thanks to George!

 


Xcited mama and papa dia bagi mainan baru..okey, mama nak mee goreng ye.. :)

 Bila abang-abang and mamanya dah sampai, kemain happy dia..itu sudah tentu! :) ..



 Makan koko krunch dalam almari..awak pun kreatif macam abang-abang awak jugak ke Maryam?..

 Masa untuk bagi ubat..

Mama's Lil' Princess..

Malam tadi..Abbas temankan Maryam sekali dengan atuk and mak longnya..


Ngantuk dah..esok dah kena bangun awal nak pergi hospital ada appointment Alli dengan paed di hospital yang sama.




P/s : Mama tetap akan berdoa agar kalian peroleh kesihatan yang baik.

.

.

10 comments:

kasihredha said...

Ya Allah sembuhkan Maryam ..Amin.
Sungguh sedih membaca n3 kali ini.
Akak harap sue tabah dan terus tabah...semoga kuat. Allah sedang menguji...semoga semua berakhir dgn kesembuhan total unk Maryam.

LiAnA said...

cepat sihat maryam.. tak dan nk berlama2 tadi arman dh ngamuk sepanjang jln hahaha..

Rozita said...

Sabar ye sue...dugaan Allah. Terkejut akak, sebab baru je baca entry pasal alli yg warded ari tu. Semoga sue dan hubby tabah ye. Akak doakan maryam cepat sembuh.

Azian Elias said...

Semoga tabah ye.. Harap2 Maryam cepat sembuh..kesiannya dia...

raFida oThMan ( fiEda ) said...

sian nye maryam... risau lah aku bende2 gini. harap maryam cpt sembuh.

Ibuhani said...

Lamanya Maryam masuk hospital...bahaya kecing tikus ni....sian dia! Hope she will get well soon.....

Sue said...

kasih redha : Akak..thanks ye!

Liana : Thanks! ngamuk nak tido ke nak susu tu...:)

Rozita : Thanks akak!

Azian Elias : Thanks kak!

Rafida : Thanks fieda!

Ibuhani : Thanks!

kasihredha said...

salam sue
mariam apa khabar?
dah discharge belum?

Sue said...

kasihredha : salam kak..11 feb dah discharge tapi 13 feb kena warded balik and now masih berada dihospital. Harapan sue agar Maryam sihat sepenuhnya. Thanks akak!

kasihredha said...

semoga maryam cepat sembuh..sabar ye sue.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails