Sebenarnya dah mengantuk nak tidur tapi tetap jugak nak bertahan. Dah 2 hari mata ni kena penyakit ketimbir. Mungkin ada yang panggil gelaran yang lain. Tapi siapa yang tak tahu apa yang dimaksudkan dengan ketimbir, boleh lah guna khidmat mr google. Dua minggu lepas kena dekat mata kiri and sekarang belah kanan pulak. Gatal tu memang ada and rasa nak gosok je mata ni puas-puas tapi sakit.
Baru-baru ni semuanya tak berapa nak sihat. Penyakit demam, batuk dan selesema datang menyerang. Anyway, entry sebelum ni ada cerita pasal Maryam yang kena demam. Sebaik je Maryam sembuh dari demam, terus keluar bintik-bintik merah kat muka dan badannya. Orang kata itu campak keladi. Patutlah selang 3 minggu dia kena demam.Tapi sekarang ni dah hilang dah bintik merah tu. Jerawat/bisul yang keluar kat kepala Maryam sebelum ni pun dah tak ada. :)
Sekarang ni Abbas and Azziz dah kurang batuk dan selesema. Tapi ubat tetap kena bagi makan jugak. Cuma ubat demam je dah stop bagi. Suara Abbas yang sebelum ni macam suara Ramli Sarip yang tak siap pun dah okey. Esok lusa InsyaAllah okey 100%.
Setakat ni Maryam tak ada pulak kena batuk dan selesema. Mungkin sebab Maryam kena demam sebelum ni dimana awal lagi dia dah makan ubat. Risau jugak kalau berjangkit kat Maryam. Awal-awal lagi dah pesan dekat Abbas denagn Azziz supaya tak kiss and batuk depan Maryam. Tapi faham-faham sendiri lah bila pesan kat budak yang baru berumur 4 tahun dan 2 tahun macam diorang ni. Belum tentu 100% diorang boleh ingat. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
musim demam ke ek skrg ni.. takpe bdk2 kan mesti sakit aja sementara nak besar..(^__^)
dah ada iklanlaa....
IdzaLia: Anak neighbour belakang rumah pun baru kena demam..cuaca agaknya..
Post a Comment