So that time i just duduk kat rumah and buat apa yang patut sehinggalah sekarang ni. Ada juga suara-suara yang bertanya "tak boring ke?". I think that time tak ada istilah boring kot. Ialahkan, hubby seorang yang understanding and ada je program yang dibuat. Lepak kedai mamak lewat tengah malam pun tersenarai dalam program kami..:)
Pendek cerita, Abbas, Azziz dan Maryam memang 24jam ada di depan mata. Dari awal kelahiran mereka sehinggalah sekarang ni. Bila dah 24 jam bersama mereka ni, peluang untuk menjadi cikgu kepada anak sendiri memang tidak disiakan dimana ada waktu-waktu tertentu mereka akan diajar ABCs, 123, dan sewaktu dengannya. Tapi tidaklah terlalu memaksa kerana tak nak mereka menganggap sessi pembelajaran adalah sessi yang membosankan. Apatah lagi ketika usia mereka yang masih lebih kepada bermain-main.
Cukuplah apa yang dirasakan sesuai dengan usia mereka ketika ini. Tapi sekiranya diberikan satu kelebihan dimana kelebihan yang tidak dijangka, itu sudah menjadi satu bonus bagi i dan hubby. Namun istilah melentur buluh biarlah dari rebungnya tetap diguna pakai.
Apapun, tidaklah 100% semuanya bergantung pada i semata-mata dimana hubby juga turut memainkan peranannya sebagai seorang papa.
So bila dah jadi tukang kebun, tukang masak, cikgu pada anak sendiri ( surirumah le tuh!..hehehe.. ), nak tinggalkan diorang sekejap pun agak payah lah jugak. Baik pada i mahupun mereka...hihihi..
Walaupun rumah atuk dan nenek diorang dekat dengan rumah, tak adanya diorang akan tidur dekat rumah atuk dan nenek diorang. Memang boleh dikira dengan jari. Sekarang ni pun kalau nak tinggalkan Maryam sekejap pun tak boleh nak lama. Pernah sekali tu rasanya tak sampai 15 minit letak Maryam kat rumah atuk dan neneknya, dia dah menangis.
Memang seronok bila dapat melihat mereka membesar depan mata sendiri. Dari awal kelahirann mereka sehinggalah sekarang ni. Merekalah harta yang tidak ternilai..
0 comments:
Post a Comment