Pages

Tuesday, June 1, 2010

Abbas dan Azziz pun main bola jugak

Mesti ada yang tengah demam world cup sekarang ni. Tapi bagi golongan yang tidak sama sekali mengikuti perkembangan dunia bola seperti i ni, cukuplah sekadar mendengar dan melihat sahaja. Tak reti den nak menilai!

Cerita pasal bola, sekarang ni Abbas dah syiok main bola. Baik menendang bola mahupun bumping bola yang macam orang main basketball tuh. Sehingga minta dibelikan set permainan basketball lagi. Azziz pun dah mula menunjukkan aksi tendangannya. Anyway, ada ke ayat 'bumping bola' ?? Hehehe..


Elok la tuh..Abbas main bola pakai selipar..Azziz denagn crocs nya..

Setakat pasu bunga jatuh tu memang pernah berlaku pun. Kena kat kipas siling tak payah cakap lah. Nasib baik pasu tak pecah and kipas tak senget. Memang bola ni tak sesuai langsung untuk dimain didalam rumah.

Kadang-kadang memang bagi diorang main kat luar rumah. So mainlah diorang dua beradik. Kalau ada yang menangis, mesti ada yang tak kena lah tuh.


Wah!..dah macam Ronaldo ke ni?..


Skill macam dah ada..hehe..


Eloklah tuh bola sorang satu..tak payah nak berebut..

Sesekali tu kalau bukan mama diorang yang join, papa diorang sendiri yang akan join. Best jugak! Yang pastinya mama and papa diorang yang selalu dapat bola tuh.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails