Pages

Friday, June 18, 2010

Porsche menjimatkan minyak..

Kenapa entry kali ni bertajuk 'Porsche menjimatkan minyak'? Ini kerana kereta model ni memang lain dari yang lain. Porsche jenis ini juga hanya boleh berada disekitar jalan-raya di Austria sahaja. Empunya kereta ni pun adalah seorang seniman bernama Hannes Langeder.


Harga kereta ni tak adalah mahal seperti Porsche yang lain. Sekitar €13,000 atau bersamaan dengan £11,000. Replika porsche ini dibina sendiri oleh pemiiknya agar dapat menyerupai sebuah model kereta PorscheGT3 RS yang harga sebenarnya £130,000.




Bahan yang digunakan untuk menghasilkan kereta ini adalah dari plastic pipes, aluminium foil dan scotch tape. Beratnya pula hanyalah 99.6kg sahaja!




Hannes Langeder mengambil masa selama 6 bulan (1000 jam) untuk menghasilkan replika kereta ini yang ternyata mesra alam dan menjimatkan minyak.




Kalau tengok kereta ni memang sebijik macam Porsche GT3 RS. Tapi sebenarnya  replika ini untuk projek seni yang digunakan untuk pameran yang berlangsung di Muzium Seni Lentos di Linz, Austria.


info & image by google

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails