Pages

Friday, June 18, 2010

Cerita di pagi hari

Sejuk je cuaca pagi ni. Kalau tidur mesti syiok!..:)

Lepas gosok baju kerja hubby, rutin harian diteruskan macam biasa. Hari ni pula masak awal sikit. Menunya ikan tongkol masak kicap. Cerita pasal ikan tongkol, sebelum ni memang tak makan tongkol. Family pun tak terasa nak beli spesis ikan jenis ni. Kalau tak silap, i start belajar makan pun bila dah kahwin. Hubby orang Terengganu and Terengganu kan popular dengan nasi dagang. Itupun lambat sikit nak jatuh cinta dengan ikan ni. Tapi sekarang dah boleh makan pun cuma rasanya ikan ni kalau masak kicap lagi sedap kot. :)

Ikan tongkol masak kicap..

Pagi ni pun Abbas dan Azziz dah kena mandi awal. Alang-alang diorang dah bangun + Azziz yang 'bocor' (gara-gara malam tadi minum air banyak sangat sebelum time masuk tidur la ni). Itu yang time mandi diorang dah jadi macam time mandi budak yang nak pergi tadika.

Lepas uruskan mereka berdua, diorang pun mulakan aktiviti bebas mereka dan mamanya mulakan aktiviti yang perlu.

Aktiviti mereka berdua..

And saat entry ni dibuat, Abbas dan Azziz telah pun zzzzzzzzzZZzzzzZZZzzz.........Maryam pun dah start merengek minta dilayan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails