Minggu ni akan balik rumah PIL kat Terengganu so sebelum sampai sana hubby dah plan nak bercuti 1 malam dekat Cherating. Ahad pagi kami dah bertolak dari Shah Alam and dalam pukul 2.00pm kami sekeluarga dah tiba di destinasi penginapan kami iaitu The Legend Resort Cherating.
Sewaktu dalam perjalanan..
Terus je check-in and kami beristirehat di dalam bilik dahulu sebelum memulakan aktiviti seterusnya. Perut masing-masing pun dah menyanyi lagu keroncong so kitorang anak-beranak soru dulu. Menunya nasi goreng istimewa for me (
share with Abbas and Azziz) and sandwich for hubby.
Nasi Goreng Istimewa..
Bilik yang kami stay tu agak luas (
Deluxe Room) juga serta lengkap dengan private balcony. Jadi balcony ni memang sesuai sangat lah untuk hubby mencari ilham sambil menghalau nyamuk di malam hari. Apalagi kalau bukan merokok.
Kiddos with their new sand buckets..
Private balcony..
View from private balcony..
Dah petang sikit barulah kami buat aktiviti kami iaitu lepak dekat swimming pool. Dekat sini ada 2 swimming pool with a separate children's pool. Kat pool kami tak lepak lama sebab bebudak pun tak berapa nak syiok sangat main air. Faktor ketakutan la tuh. Kat Legend Resort ni ada disediakan 3 jenis pool dengan kedalaman yang berbeza. So kami lepak dekat children's pool.
Children's pool..
Ni yang paling dalam..rasanya dalam 5.5ft..
Next barulah kami terus bercanda di tepian pantai main sand dan layang-layang. Awal-awal lagi memang dah bawa sand bucket dan layang-layang dari rumah. And jangan tak tahu yang semua peralatan tu dibeli malam sebelum kami nak bertolak ke Cherating!
Sukanya Maryam dan mamanya..
Nampak macam papanya yang lebih-lebih.. :)
Istana Menanti..hihihi..
Turn Azziz main layang-layang..
Tempat ni ada disediakan playground sekali and before nak balik bilik, kami lepak dekat playground dulu. Bukanya main slide sangat tapi sambung main sand kat situ.
Percutian di Cherating ni kami memang banyak habiskan masa kat dalam kawasan hotel sahaja. Kalau nak keluar kawasan hotel pun nak buat apa. Takkan nak pergi shopping keropok lekor pulak. Pagi keesokkan harinya pun selepas breakfast kami terus pergi swimming pool. Berbanding dengan hari sebelumnya, kali ni memang agak lama la jugak kami lepak kat pool. Abbas dan Azziz pun dah ada sedikit keberanian untuk masuk dalam pool tu.
Breakfast time..
Relaxing nampak..
Actually pool untuk kanak-kanak cuma 2.5ft sahaja kedalamannya. Untuk budak yang belum tahu berenang seperti Abbas dah kira okey la tu tapi untuk Azziz memang tak sesuai. Bila Abbas dah berjaya memberanikan diri masuk dalam pool, terus dia lupakan aktiviti sand kegemarannya tu. Time ni juga hubby and i bawa Maryam main air kat dalam pool tapi sekejap je lah. Takut dia sejuk.
Dalam pukul 2.00pm dah check-out. Sepatutnya pukul 12.00pm waktu check-out tapi hubby minta extra 2 jam. Kemudian perjalanan seterusnya kami menuju ke Terengganu. Kami sekeluarga akan berada disini lebih kurang seminggu.
**
Walaupun hanya 2 hari 1 malam percutian kami di Cherating, namun masa yang telah kami luangkan bersama amatlah istimewa.**
2 comments:
bestnya gi holiday...dulu penah stay kat legend cherating ni sebulan.. ikut hubby outstation..hihi
LiAna: kalau stay sebulan tu memang dah kira berehat sakan la tuh..:)
Post a Comment