Lately ni memang me and mr hubby memang tak selesa duduk dirumah sendiri. Ini gara-gara anak kucing yang comel. Ituhari ada tanya kat parents pasal anak kucing tu and diorang cakap itu neighbour belakang punya. Aduh!..
Bayangkan kalau kitorang duduk santai kat rumah, pintu dapur terpaksa ditutup gara-gara tak nak bagi anak kucing tu masuk ke dalam rumah kitorang. Selama ni tak payah nak tutup pintu dapur..angin luar + cahaya pun boleh masuk direct. Tapi semenjak adanya kewujudan anak kucing comel, terus pintu dapur terpaksa ditutup. Kang tak pasal-pasal habis segala macam hasil peninggalan kucing tu kat dalam rumah.
Memang pernah ada pengalaman time duduk rumah lama. Kitorang terpaksa beli alas meja untuk diikat dekat grill belakang rumah untuk mengelakan kucing yang lebih dari 5 ekor dari masuk ke dalam rumah.
Ini gara-gara maid neighbour belakang rumah yang selalu bagi makan kat kucing-kucing tu. Itu yang kucing-kucing tu selalu lepaking kat belakang rumah. Kitorang pun memang pernah bagi makan kat kucing-kucing tu tapi secara senyap. Kalau bagi secara terang-terangan, komfem kucing-kucing tu akan selalu menyinggah tanya khabar kannn.... :)
Pernah sekali time kitorang tak ada kat rumah, boleh pulak kucing tu beranak kat belakang mesin basuh kitorang!..Bolehhhh??
So nak buat macam mana ni?? Perlu ke nak gantungkan manila card yang tertera sila simpan kucing anda dirumah..kerjasama anda amat dihargai dekat leher anak kucing tu??
I bukannya tak suka kalau ada orang yang minat bela kucing malah masa kecik dulu pun memang pernah bela kucing..namanya black sebab kucing tu memang warnanya hitam. Tapi bukan ke lebih sesuai kalau kita jaga kucing kita dengan sebetulnya. Mungkin kucing-kucing tu kurang latihan kot.haaishh..
p/s: sekarang ni memang dah tak berani nak pegang kucing..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment