Pages

Tuesday, November 30, 2010

Dinner at Thai Thai Restaurant .. unplanned version

Ahad lepas ada jemputan kahwin dekat Melaka. Tak jauh mana pun dengan kampung. Sampai je kat rumah pengantin, terus je lunch. Lauk rumah orang kahwin tak payah nak cerita la kan..of course tak ada beza sangat dengan majlis kenduri kahwin yang lain. Lepas je tengok pengantin berarak terus je balik kampung.

Biasalah bila dah balik kampung ni..sedikit sebanyak komfem ada buah tangan yang akan dibawa balik kerumah. Ada daun limau purut, lada hitam, petai dan juga setangkai bunga orkid. Nampak gayanya lepas ni kena sentiasa jemurkan lada hitam agar cepat kering.




Lada hitam yang fresh dipetik..

On the way nak balik Shah Alam, mr hubby ada mengusulkan untuk dinner dekat Sunway Pyramid-Korean food. Hai..mengidam nampak!

Kalau nak diikutkan memang malas nak keluar berjalan (jalan dari parking kereta ke restoran) tapi disebabkan mr hubby pun bersungguh nak makan makanan Korea, ikut je lah..(seronoknya tak yah nak sibuk masak didapur.. hehehe..)

Tapi bila sampai kat restoran yang dituju, dah tutup pulak. Tak tahulah tutup sebab renovation or sebab tak mendapat keuntungan. Kesian pulak kat mr hubby coz dia lah yang teringin nak makan Korean food. Nak bagi my sister, mak and sepupu i rasa Korean food malam tu pun tak dapat. Akhirnya Thai Thai Restaurant tempat yang dituju.









Menu wajib yang diorder is Mieng Kam (starter). Mieng Kam kalau orang lain tengok nampak macam nak makan sirih coz rupa daun kaduk yang nampak macam daun sirih. Daun tu dihidangkan sekali dengan kelapa goreng, kacang, bawang besar, cili padi, limau nipis, udang kering, halia dan sos nya.

Cara makannya sama macam makan sirih. Letak je kesemua bahan yang disediakan ke atas daun kaduk tu and lepas tu makan! Jangan lupa baca Bismillah dulu kay..hehehehe..

Kalau nak rasa pedas lebih, boleh bubuh cili padi tu lebih and kalau suka bawang, boleh letak lebih. Ikut tekak masing-masing. Pernah jugak try buat resepi Mieng Kam ni dulu. Memang simple!..


Mieng Kam..

Menu lain yang kitorang diorder malam tu is tom yam udang, green curry (beef), dried chilli chicken with cashew nuts, bihun tom yam, brocoli masak apa ntah..lupa daa..Tom yam udang memang pedasssss..tapi best!

Bilalah agaknya dapat masak tom yam sebegitu rasa. Ini yang kena belajar lebih gigih lagi ni.


Tom yam udang for 4-5 person..pedas..

Green curry (beef)..rasa macam daging masak lemak cili api je..

Dried chilli chicken with cashew nuts..sedikit manis..thai version kot..

Bihun tom yam..pedas..

Brocolli..

Kalau makan kat Thai Thai ni, nasi nya memang boleh refill..so harusssslah menambah kan..barulah dikatakan mempergunakan kemudahan yang diberi..hehehehe..

5 comments:

Lia said...

wahh.. terliur lak tgk tomyam tu.. mmg sedap tom yam makan pedas dan panas2...

Sue said...

Lia: Memang best tom yam tu..sesuailah sangat makan dgn nasi panas2..pastu berasap la telinga..hehehehe..

raFida oThMan ( fiEda ) said...

so syiok wooooo!
kat mn nieh?

Sue said...

FiEda : Thai Thai tu kat Sunway Pyramid..

raFida oThMan ( fiEda ) said...

ooo...nti aku nk tau lebih lanjut lg.
sbb nmpk cm menarik jek.
nti klu ko on ym buzz aku worrite!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails