Pages

Friday, March 4, 2011

Main pusing-pusing cari durian

Petang semalam tetiba teringin nak makan durian. So haruslah kena tunggu mr hubby balik dari kerja and barulah dapat pergi cari durian.

Mula-mula tu cari dekat pasar malam tapi memenatkan kaki berjalan je. Tak ada langsung durian dijual. Buah mangga madu memang melambak la.

Last-last mr hubby ajak main pusing-pusing dekat-dekat sini and akhirnya nampak sebuah lori durian kat tepi jalan.

Tak banyakpun durian yang dijual tapi kalau setakat untuk melepaskan teringin dihati ni memang lebih dari cukup. Pastu ingatkan ada jual yang selonggok tu. Manalah tahu kot-kot dapat selonggok sepuluh ringgit ke kan. Tapi tak ada. Maybe sebab belum start musim durian so jenis yang longgok-longgok tu memang tak ada. Nak tak nak kena jugak beli yang sekilo RM10. Dapat lah beli 2 biji yang dikira RM10 dan sebiji lagi dikira RM18.

Sampai je rumah terus je mengadap depan durian. Memang sangat mengecewakan sebab beli punyalah 3 biji tapi yang dapat makan lebih kurang 10 ulas je. Selebihnya kena dijadikan tempoyak dan tidak terkecuali yang busuk dan diurung dengan semut. Cubalah bayangkan ye....Haaishh..




 Azziz dan Maryam..nampak memang boleh makan durian..

 Abbas tak makan durian..tapi dia tiada masalah untuk mengodek durian tu..



 Nyum..nyum..

Bila benda macam ni terjadi kan..siapa yang harus dipersalahkan agaknya ye? Si penjual, diri sendiri or tiada siapa yang perlu dipersalahkan?

Si Penjual
Si penjual memainkan peranan penting untuk menjual produknya macam kes durian ni lah. Semalam bila dia dah kopek satu biji and bila kitorang cakap "ni macam lembik je"..dia cakap "ini sebab dah terkena pisau..itu yang boleh terpenyek isinya".

Dia pun kopek bahagian lain and memang elok je tekstur isinya and bila disuruh rasa, okey je sebab setakat rasa cuit sikit mana nak rasa serasa-rasanya kan. So proceed je buah yang dikopek tu.

Pastu pulak bila kitorang cakap "ni ada kesan tompok hitam". (Dulu pak cik i ada cakap kalau ada buah yang bertompok hitam, jangan beli sebab itu maknanya buah dah rosak). Then dia cakap "takpe..ulat tak masukpun kat dalam..kita try kopek dulu".

Bila dah kopek memang nampak buah tu okey je siap bising mulut penjual tu mewar-warkan "wah..cantik isi ni". Tapi bila sampai rumah..sungguhlah kecewa.

Apsal tak ada dia cakap "a'ah lah..kita pilih buah yang lain pulak" ek?

Diri Sendiri  
Dah tahu buah tu lembik or bertompok hitam tapi mulut macam susah sangat nak cakap "tak nak yang ini lah". Adakah mungkin sebab tengok buah tu dah dikopek so macam dah tak ada pilihan lain selain dari amik dan redha je lah.

Tiada Siapa Yang Perli Dipersalahkan
Buah kalau belum dikopek manalah nak tahu isinya elok atau tak. Lebih-lebih lagi durian. Dapat rasa duri dia je lah kan. So tugas penjual is menjual and tugas pembeli is membeli.

Rasanyakan..bab beli durian ni memang payah sikit melainkan terus beli yang dah siap dibungkus kat dalam bekas polisterin tu. Takpun beli terus yang spesis D bagai tu agaknya. Baru puas hati.

3 comments:

kasihredha said...

susah beli durian ni kan...
kalau kena isi ok...ok le
kekadang yg tak ok tu yg frust sikit

Yan said...

akak penah teringin tapi tak mengandung lah.. 3 bijik almost RM100. tp mmg ok.. cuma rege tu melampau lah.. tak leh beli satu bijik je. anak2 suka.

Sue said...

kasihredha : betul tu kak..kalau time dapat isi yg okey..kemain suka je..

Yan : boleh tahan jugak harga tu ek..kalau bebudak dah suka memang sebiji tak cukup la kan..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails