Pages

Thursday, March 10, 2011

Rupanya kad ATM pun dia curi!

Memang sungguh tak disangka-sangka. Ingatkan hanya duit yang diambil tapi rupanya sampaikan ATM kad pun diambilnya. Kalau rembat kad kredit sekali..memang naya la jawabnya.

Dimulakan dengan al-kisah disuatu petang yang sungguh tenang. Hajat dihati nak keluarkan duit tapi lain pulak jadinya. Boleh pulak kad ATM tu tiba-tiba bertukar nama orang lain!. Bila masa pulak i pi tukar nama pulak ni kan. Boleh pulak kat mesin tu tertera nama N-N-A.

Ah! dah tak syak orang lain selain dari si X yang mencuri duit i lebih kurang 3 minggu yang lepas. Keterangan lanjut, boleh baca entry ni.

Maknanya kalau hari tu i tak keluar duit sampai sekarang la kot i pun tak tahu yang kad ATM i memang dah ditukarkan dengan kad orang lain. 

Apalagi..lepas tu terus call si A yang memang in-charge sekolah memandu tu untuk tanyakan samada ada tak student nama N-N-A ni. Okey, katanya next day baru dia boleh bagi tahu resultnya sebab masa tu Ahad and dia tak masuk office pun.

Tujuan nak tahu wujudnya student N-N-A ni sebab nak sahihkan lagi yang ini semua kerja si X ni which is dia sengaja tukarkan kad student yang lain demi menutup mata pihak lawan. Kiranya bila i buka bag duit i terang-terang nampak kad ATM i ada tapi yang sebenarnya itu kad orang lain. Dia sengajakan twistkan. Sungguh bijak tak bertempat!

So on Monday si A ni cakap tak ada student nama N-N-A yang belajar kat situ. Okey, takpe..Kita usahakan cara lain pulak.

Mr hubby cari melalui facebook pulak tapi tak keluar N-N-A. Yang ada kat facebook pun cuma N-A. Minah ni pulak dah set setting fb nya sampaikan orang lain tak boleh nak message kat dia melainkan kena add dia as a friend. Nak tak nak mr hubby add jugak. Lepas je N-N-A accept friend request, terus je mr hubby message dia.


 Bingo! Usaha yang tidak sia-sia..

Lepas tu pulak mak si N-N-A terus call mr hubby untuk mendapatkan penjelasan dengan lebih lanjut lagi. Rupanya anaknya N-N-A tu baru lepas sekolah. Itu yang mak yang mainkan peranan tu. :)

Memang betul kad ATM tu anaknya yang punya and kad ATM yang ada dalam simpanan anaknya tu rupanya bukan milik anaknya. And itupun anak dia baru perasan lepas dapat mesej dari fb tu. Maknanya selama ni pun memang si N-N-A dah lama tak guna kad ATM.

I pun duk fikir apa motif si X ni pergi tukar kad i dengan kad si N-N-A ni. Sampai terfikir adakah dia ni guna cara tak elok. Haaisshhh..dijauhkan lah dari segala macam spesis tak elok ni.

Then kitorang set nak jumpa petang hari yang sama dekat area sekolah memandu. Sebelum nak bagi kad tu of course kena siasat bila si N-N-A ni belajar dengan si X..perasan tak ada duit hilang time belajar dulu tu..and bla bla bla bla.

Memang jalan ceritanya lebih kurang sama dengan jalan cerita yang i alami which is bawa kereta start dari rumah..letak bag kat belakang seat..dan yang paling penting sekali belajar dengan orang yang sama.

Dan yang paling tak tahan tu is kad ATM yang ada dekat tangan si N-N-A ni pulak bukannya kad i tapi kad orang lain pulak. Ah! sudah..siapa lagi pulak ni.

Tapi time tu memang dah syak komfem student dari sekolah memandu yang sama. Nak tak nak memang kena pergi ATM machine bagi mengetahui empunya kad tersebut sebab dengan cara tu lah yang boleh tahu kad tu milik siapa. Bila dah check sekali keluar nama E-L.

Apalagi..terus suruh sekolah memandu tu check dalam sistem diorang nama E-L tu and memang sah ada! Nampak sangat si X ni memang amik kesempatan bila tiba turn dia ajar student bawa kereta.

Lepas call E-L and hasil soal selidik sekali lagi, memang si E-L ni pernah belajar dekat sekolah memandu yang sama dan memang pernah hilang ATM kad. Bezanya cuma si X ni tak letakkan kad orang lain dalam beg duit E-L tu.

Selesai je sessi pot-pet dekat sekolah memandu tu, mr hubby terus call si X and lebih kurang ni perbualan mereka berdua yang i turut sama dengar..

Mr hubby : Hello..ni ***** ye..saya (sopan lagi tu guna ayat perkataan "saya") ni husband Sue yang awak curi duit dia hari tu.

Si X : Ye bang..saya ingat lagi. 

Mr hubby : Awak ada amik kad ATM wife saya kan??? Awak pun ada amik kad N-N-A dan kad E-L sekali kan??

Si X : A'ah bang..memang saya ada amik. 
Perrghhhhh! pengakuan yang berdesing telinga dengar!

Mr hubby : Mana kad tu sekarang???

Si X : Rasanya saya dah buang la bang. Nanti saya tengok balik kalau saya ada simpan kat rumah. Saya saja amik kad tu sebab nak cek.................(time ni mr hubby dah potong cakap dia)

Mr hubby : Bagi balik kad tu. Awak nak simpan buat apa???? Nak cek apa????

Si X : Okey bang..saya ngaku saya amik tapi saya tak dapat nak keluarkan duit dia pun.
Of course la kau tak boleh nak keluar duit aku sebab aku tak guna i/c number as aku punya nombor pin!

Mr hubby : So nak buat police report???

Si X : Jangan la bang..saya dah pun terima hukumannya. Nanti saya bagi kos buat kad baru.

Mr hubby : Tak payah!..sekarang ni saya nak kad tu.

Si X : Okey bang..nanti saya cari dekat rumah. Kalau ada, malam karang saya telefon abang balik.
Sampai sekarang ni pun dia tak call. Kitorang pun tak berharap untuk dia call balik. Blah la kau..

Rasanya si X ni sengaja amik kad pastu dia cuba keluarkan duit dengan memasukkan nombor pin dengan menggunakan nombor i/c student tu sebab kalau tak silap dia boleh tahu nombor i/c student dari kad pelajar dan dia pun bajet student tu guna nombor i/c sebagai nombor pin.

Nombor i/c ni kan senang nak di ingat sampai bila-bila and itu yang dia fikir macam tu kot. Mana kad yang dah kena curi dengan si X ni and nonbor pin nya menggunakan nombor i/c, dapatlah si X ni duit percuma.

Masa kitorang duk ber pot-pet dekat sekolah memandu tu, si A yang in-charge sekolah tu kata yang pihak diorang memang nak buang si X ni dari kerja kat situ and gaji si X ditolak RM100 bagi menggantikan duit yang telah diambil. Adakah itu yang dimasukkan si X "saya dah pun terima hukuman".





P/S :Dalam situation macam ni, bagus jugak ada facebook ni. And me and mr hubby tak jadi buat police report pun..Itulah si X yang juga bapa kepada 5 orang anak..sekian..



3 comments:

intannazirajalil said...

kire da selesai ke kes akak ni kak???
bhy nyer si X tuh..
naseb ader husband akak tulun sume...
dgr suare laki baru dia takot lebih..
huh, ader gak manusia perangai cm2 eh...

raFida oThMan ( fiEda ) said...

kuajaq sungguh!

Sue said...

intannazirajalil : kira selesai la..kad tu nanti akan apply yang baru..

fiEda : mmg kuajaq!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails