Pages

Tuesday, March 22, 2011

Kangkung Goreng Taucu

Bahan-bahannya
2 ikat (seikat lebih kurang saiz pergelangan tangan) kangkung-dibersihkan dan dipotong
1 biji bawang besar-dihiris
2 ulas bawang putih-dihiris
1 biji cili merah-dipotong
3 sudu besar taucu masin
2 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis



  • Panaskan minyak.
  • Tumiskan bawang besar, bawang putih serta cili merah sehingga naik bau.
  • Masukkan taucu dan kacau rata.
  • Tuangkan air dan biar sehingga mendidih.
  • Masukkan garam secukup rasa.
  • Kemudian masukkan kangkung dan kacau rata lebih kurang seminit.
  • Barulah diangkat dan dihidangkan.

4 comments:

kasihredha said...

wah...ni untuk lunch ke sue?
best2

Sue said...

aka..bukan setakat lunch je..sampai bawa ke dinner sekali..hehehehe=--

ifan said...

sedapnya tawco. buat mee goreng atau mee hoon sedap gak..

Sue said...

ifan : boleh ek? tak pernah pulak terfkir nakk buat dalam resepi mee dgn mee hoon grg.. blh cuba nanti tu.. :)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails