Pages

Thursday, March 31, 2011

Kangkung Goreng Belacan Bercili

Bahan-bahannya
2 ikat kangkung (seikat lebih kurang saiz pergelangan tangan)-dibersihkan dan dipotong
2 sudu besar cili boh
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan Untuk Diblend (kering)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Beberapa ekor ikan bilis
Sedikit belacan bakar / goreng




  • Panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan yang diblend sehingga naik bau.
  • Masukkan pula cili boh dan gaul rata. Biar sehingga cili agak garing.
  • Masukkan air. Biar mendidih
  • Bubuh garam secukup rasa.
  • Kemudian dimasukkan kangkung dan kacau rata. 
  • Biar seminit dan barulah diangkat.

2 comments:

kasihredha said...

bestnya...suke

Sue said...

kasihredha : sue pun dah lama tak buat resepi ni.. tetiba teringin nk makan, itu yg terus jadi menu santapan sekeluarga..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails