Pages

Sunday, May 8, 2011

Cerita itu dan ini

Iya..memang inilah waktu yang paling lama blog ni tidak di updatekan. Dalam tempoh tersebut lah jugak waktu-waktu yang selama ni tak pernah langsung duk fikir nak berbloging telah dapat dikecapi semula. Eleh..hehehehehehehe..

Mulakan dengan ucapan Selamat Hari Ibu kepada semua insan-insan yang bergelar ibu..


Happy Mother's Day.. 



Oh semalam ada dating dengan mr hubby kat Secret Recipe and time tengah duk menikmati kek kat situ, adalah sorang mamat ni dengan baldi merahnya yang penuh dengan bunga ros dan carnation datang pergi menyinggah dari satu meja ke satu meja.

Sampai je turn meja kitorang terus dia bagitahu yang dia ni ada buat amal so manalah tahu kot-kot kitorang berminat nak beli bunga ros / carnation 3 tangkai dengan harga RM10.

Orang spesis yang suka bunga macam i ni pun belilah 1 jambangan yang ada 3 tangkai tu dengan niat nak bagi kat mak dirumah sempena hari ibu. Ingatkan bila i dah beli satu, mr hubby pun nak beli satu untuk wifenya ni tapi tak adanya. Agaknya kalau boleh biar tanam sendiri.

Lagi dia buat lawak antarabangsa kat situ adalah. Siap cakap kat mamat tu  "i tot 2 for RM10". Haa iyolah..u pergilah beli sendiri kat apek yang jual bunga kat pasar malam Bangsar pastu u bungkus sendiri cantik-cantik. Lebih dari 2 jambangan u akan dapat.

Kesimpulannya this year i bagi bunga ros kat mak i. And tahun-tahun sebelum ni sekadar ucapan sahaja. Tapi ada jugak termis.. :)

Lately ni jugak i mula buat kerja part-time. Tak susah pun part-time tu tapi cukuplah untuk mengajar erti kesabaran. Ialah..siapa tak hangin bila bangun pagi je bukak pintu pastu tengok tahi kucing bersepah kat laman rumah. Dah lah masih fresh lagi. Itu belum lagi langau yang duk main singgah-singgah cium tahi kucing tu.

Tak tahulah tu kucing siapa. Orang lain bangun pagi pegang cangkul pergi kebun tapi i ni pegang cangkul pergi kaut tahi kucing kat laman. Ceh! Sabar je lah..

Belum lagi dengan cerita pencemaran bunyi yang sedang melanda kawasan sini. Weekdays tu memang ada je bunyi kelentang-kelentung orang duk buat piling. Walaupun tak sekuat mana tapi ganggu lah jugak sebab selama ni tak adanya bunyi kelentang-kelentung.

Kalau tak silap nak dinaikkan gudang dekat kawasan berdekatan. Tapi yang musykilnya ada beberapa penduduk kat sini yang dah komplen kat pihak tertentu sebab katanya diorang yang duk buat kelentang-kelentung tu memang tak ada permit. Entahlah..

Haaishh..macam-macam cerita yang ada. Cerita itulah..inilah..itulah..inilah..sampai cerita orang yang nak kawen 2 pun ada. Bukan husband i la yang nak kawen 2 tu..

3 comments:

kasihredha said...

pencemaran udara tu...
selamat hari ibu

Azian Elias said...

suka bagi mak chance menyopping.. bahagia rasanya...

Unknown said...

kasihredha: jangan lepas ni ada pencemaran udara sudah..

Yan : idea yang menarik tu! :)

fadlisabri : :)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails