Pages

Wednesday, September 28, 2011

Bestnya kalau dapat makan lemang cicah rendang daging pedas mak

Okey..dah masuk minggu ke-3 berpantang.

So far rutin harian berjalan dengan biasa. Tak ada pulak rasa terkejar-kejar. Bila kiddos dah bangun, perkara yang perlu dilakukan is mandikan diorang. Mama diorang ni spesis yang tak nak lewat-lewatkan mandi. Memang rimas kalau tengok bebudak ni tak mandi pagi lagi. So jangan banyak cerita...........shower time!

Kadang-kadang Alli yang mendahului carta mandi terawal dan dikuti dengan kakaknya dan abang-abangnya. Then barulah start sediakan susu untuk Azziz, ribena untuk Maryam and milo untuk Abbas. Barulah aktiviti bebas bermula.

Me pulak start lah nak basuh baju and masak.

Biasanya kalau weekend or mr hubby tak kerja, dia lah yang tolong mandikan Abbas and Azziz. Tapi bila sekarang dah ada Alli, calon baru yang dimandikan sekali ialah Maryam. Oh yes! mr hubby memang sangat ringan tulang and kira no hal lah dalam bab menguruskan anak-anak.

Ok..i lap him ganda 35! hehehehe..

Sekarang ni pulak tekak ni terasa nak makan lemang. Bestnya kalau dapat makan lemang cicah dengan rendang daging pedas yang mak masak. Blurrrrrp!

Semalam lagi dah start teringin nak makan tapi bila mr hubby cari kat area sini, langsung tak ada jual. Itu hari ada tapi bila time i nak, tak ada jual pulak. Haaishh..bila nak, tak ada pulak..bila hari tu takut-takut nak makan sebab masih baru dalam pantang, ada jual pulak.

Karang ada yang beli lemang segera kang.

Tapi satu tempat yang agak yakin ada jual lemang is kat dalam Jaya Jusco. Tapi sanggupkah mr hubby nak masuk JJ semata-mata nak beli lemang yang harganya pun boleh tahan tu? Nampak gayanya kena bagi mr hubby pilihan..  

.
.



.



.



.



"u nak redah hutan cari buluh buat lemang sendiri or u nak masuk JJ?"



.

2 comments:

kasihredha said...

masih ramai yg jual lemang ditepi2 jln skrg ni sue :)
kalau di JJ mahal sikit, tp kalau nak mkn ...beli je lah kan.

Sue said...

kasihredha : tapi area dekat dgn rumah sue memang tak ada la kak..itulah, nak tak nak kena beli kat JJ la..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails