Pages

Friday, September 23, 2011

Tujuan nak check demam..tapi tajuk utama masuk NICU sebab jaundice

Malam isnin Alli mula start menunjukkan keadaannya yang tak berapa selesa. Rupanya dia demam. Bila baby demam, xtra perhatian memang patut diberikan. Lebih-lebih lagi yang baru berusia seminggu.

Sekejap-sekejap me amik suhu badannya.

Next day tu pulak badan Alli still demam lagi and suhu yang paling tinggi is 38.5. Then me and mr hubby decided malam tu nak bawa Alli jumpa doc. Dah lah dengan tetiba ada naik bintik-bintik merah dekat badan dia. Mak cakap itu campak keladi. Haishhh..

Malam tu lepas maghrib terus pergi jumpa doc. But doc tak berani nak buat apa-apa sebab katanya baby baru seminggu and need to send to the hospital. Lagi satu doc cakap kuning Alli nampak tinggi.

Okey..sebelum Alli start demam, memang dah perasan Alli ada kena kuning. Tapi kuning dia tu macam antara nampak dan tak nampak je. So i just bagi breastfeed je lah sebab masa Abbas kena kuning dengan tahap bilirubinnya yang tak tinggi, doc suruh bagi susu badan sekerap mungkin untuk hilangkan kuning tu.  Itu yang boleh pegang ayat doc tu sampai ke Alli which is sepatutnya kuning ni tak boleh diamik mudah.

Lepas tu terus ke hospital. Lepas buat ujian darah, doc cakap jaundice Alli tinggi dengan bacaan bilirubinnya 300 lebih. Suhu demamnya pula cuma 37.2. Malam tu juga dalam kul 12.00am doc dah suruh tahan masuk NICU disebabkan jaundicenya yang tinggi. And diorang nak pantau demam Alli sekali.

Sampai je NICU terus baju Alli ditanggalkannya and proses seterusnya dengan meletakkan Alli dibawah lampu ultraviolet. Time ni me dah start nak sedih dah. Ialahkan..dah lah tak ada bilik untuk stay dengan Alli. Pastu dah kena buat stok susu untuk Alli.

Selama ni dah lah bagi susu direct je. Time ni lah duk fikir, "cukup ke nak buat stok susu untuk Alli ni?".."nak perah pakai apa?".. "nak isi kat dalam bekas mana pulak ni?"..

Nak tak nak me and mr hubby kena terima yang Alli akan diberi susu formula sementara i datang untuk bagi dia susu dan buatkan stok susu untuk Alli.

Sampai rumah pun dah pukul 3.30am. Then pukul 6.30am dah bangun untuk sediakan stok susu untuk Alli. Terima kasih sangat dekat my friend yang sangup bagi guna bekas dia yang belum lagi digunakan untuk simpan stok susu untuk Alli and siap bagi terus lagi. Lepas tu terus siap-siap nak pergi hospital sebab nak hantar stok susu dekat Alli.

Bila masuk je NICU, tengok Alli masih lagi diletakkan dibawah lampu ultraviolet tu dengan keadaan badannya yang ada sedikit menggigil. Bila tanya nurse, katanya Alli nak demam. Serius memang sedih!

Tak lama pun masuk dalam NICU tu sebab belum waktu melawat lagi. So kenalah me tunggu dekat lobby sementara nak tunggu lagi 2 jam setengah untuk waktu melawat. My friend yang bagi bekas tu kerja kat situ and masa 2 jam setengah tak adalah lama mana pun bila dia boleh temankan i. Mr hubby time ni memang duduk rumah jagakan Abbas, Azziz dan Maryam.

Masa tu lah dah terfikir nak beli breastpump terus sebab nak bagi stok susu untuk Alli yang cukup. Tapi bila tengah hari tu tengok Alli dah tak diletakkan kat bawah lampu ultraviolet tu and menurut kata doc, jaundice Alli dah turun and diorang nak tengok dalam 24 jam and if jaundice dia makin turun, keesokkannya Alli dah boleh keluar wad. Yes! hati berbunga-bunga..Alhamdulillah..


 Time ni Alli dah tak diletakkan dibawah lampu ultraviolet..

Petang dalam pukul 6 lebih barulah mr hubby ikut sekali tengok Alli dekat NICU. Abbas, Azziz and Maryam tinggal kejap kat rumah nenek diorang sebab hanya ibu bapa sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam NICU.

Time nak balik rumah, perasaan sedih tetap ada lagi walaupun doc memang dah cakap kalau tak ada masalah Alli dah boleh keluar wad esoknya tapi nak tinggalkan Alli dari pukul 8.00pm sampai waktu melawat esok hari tu rasa macam tak best je. Kepala ni duk fikir pukul berapa lah Alli bangun nak menyusu malam tu. Haaaishhhh..

Hari kedua Alli masuk wad, dalam tengah hari pihak hospital ada kol mr hubby. Katanya Alli dah boleh keluar wad hari tu. Hati ni bertambah berbunga-bungalah kan.


Alli dengan romper barunya..time ni dah nak balik dah.. :)

Sampai je hospital, menyusukan Alli and terus salinkan baju Alli. Lepas mr hubby uruskan bil and amik date untuk next appointment Alli, dengan syukurnya kaki ni melangkah keluar dari NICU.

Alhamdulillah..sekarang ni jaundice Alli memang tak kelihatan. Tapi perasaan risau tetap ada sebab next appointment tu lah. Kata doc appointment tu nak tengok result darah Alli. Actually sebelum nak keluar wad, doc ada amik darah Alli sikit. Katanya nak tengok punca jaundice Alli. 


Harap resultnya okey. :)


P/s: Asalnya check demam..rupanya tajuk utama masuk NICU sebab jaundice..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails