Pages

Tuesday, September 6, 2011

Jom Skype

Batuk masih lagi berterusan and sakit tekak mulai reda. Tapi bila tengah pagi je, tiba time kroh kroh tu, memang sakit tekak ni. Sampai tegang perut ni rasa duk paksa tekak ni batuk...errr ada ke ayat macam tu? :)

Hari ni pulak masuk hari ke 4 mr hubby pergi outstation. Okey..gonna miss him! Cewah..

And hari ni jugak Azziz masih lagi tak lekang dari mulutnya duk tanya pasal papa dia. Balik-balik ayat yang sama "tomorrow papa naik epen (air plane) more?"..and masih lagi terselit versi pelatnya tu.

Semalam lagilah pulak..adalah dalam 5 kali duk tanya soalan yang sama. Mungkin sebab baru-baru ni mr hubby balik ke TGG naik flight and pastu sambung naik flight pada malam hari yang sama dia sampai Shah Alam disebabkan dia punya outstation tu. Itu yang Azziz duk tanya tu kot.

Operasi berjalan raya belum lagi dimulakan. Setakat pergi jalan raya rumah kakak and saudara sendiri je lah. Rumah jiran or kengkawan belum start lagi. Berhajat jugak nak bawak kiddos pergi jalan raya rumah kengkawan tapi kengkawan mana yang rumahnya terbuka disiang hari? Time weekdays pulak tu. Malam tak yah ceritalah kan. Memanglah ada tapi prefer pergi siang.

Tunggu mr hubby balik lah dulu. Lagipun sekarang ni tunggu time nak bersalin je.

Oh ye..
Bahawasanya empunya blog ini telah mula menggunakan kemudahan Skype..(orang lain dah lama guna laaaaaa..). Ialah..takkan mr hubby kat sebelah pun nak berskype bagai kan. Sekarang ni dia outstation, barulah afdal sikit nak berskype..(iyalah tu...)..Nak berskype dengan kiddos pun, diorang ada kat sebelah ni. 

Zaman sekarang ni, segala macam bentuk komunikasi telah dicipta. Jangan disalah gunakan sudah lah ye..

Okey, lepas ni nak berskype dengan mr hubby..zaassssssss



P/s : Syiok lah mr hubby..kita kat sini kena tahan mata mengantuk..yang dia kat sana baru je nak masuk time malam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails