Pages

Wednesday, September 28, 2011

Jaundice / Kuning

Kali ni nak selit sikit info pasal jaundice atau lebih dikenali juga sebagai kuning dikalangan bayi. Jangan terkejut kerana ada diantara kita yang tidak tahu secara menyeluruh dengan jaundice ni.

Apa Itu Jaundis?
Ianya merupakan satu keadaan dimana mata dan kulit bertukar menjadi kuning. Keadaan ini disebabkan oleh tahap Bilirubin yang berlebiha didalam darah.

Apa Itu Bilirubin?
Ia adalah sejenis kimia semulajadi di dalam darah yang ditapis oleh hati dan dibuang melalui air kencing dan najis.

Bilirubin yang berlebihan didalam darah akan menyebabkan kerosakan otak dan sistem saraf. Jika ia ditahap yang sangat tinggi, akan menyebabkan kematian.

Tanda-Tanda Jaundis Yang Berbahaya

  • Kuning bermula dalam 24 jam selepas kelahiran.
  • Jika kuning sampai ke perut bayi.
  • Bayi enggan menyusu ataupun sentiasa menangis.
  • Kurang aktif dan tidak bermaya.
  • Kuning berpanjangan melebihi 2 minggu.
  • Bayi demam / sawan dan badan kejang.
  • Najis bayi berwarna tanah liat.
Kesan Jaundis
Jaundis yang tinggi boleh menyebabkan :

  • Kerosakkan otak bayi yang mengakibatkan kecacatan akal dan Serebral Palsi jenis Athetoid.
  • Kurang pendengaran atau pekak.
  • Terencat akal.
  • Masalah persekolahan apabila besar nanti.
Tindakan Ibu Bapa
Ibu bapa perlu bertindak dengan segera sekiranya bayi mereka mendapat jaundis.

Mereka seharusnya

  • Mendapatkan rawatan di hospital.
  • Meneruskan penyusuan dengan kerap.
Elakkan

  • Memberi ubatan tradisional samada scara minum atau mandi.
  • Menjemur dibawah matahari kerana ianya tidak berkesan.

sumber : risalah Jabatan Paediatrik & Unit Pendidikan Pesakit Hospital Putrajaya

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails