Pages

Thursday, September 15, 2011

Minggu pertama berpantang

Dah masuk seminggu kelahiran Alli. Alhamdulillah Alli bukan jenis yang banyak ragam. Tiba time untuk menyusu barulah dia menangis. Lepas tu tidur balik. Good boy my son!..Hehehehehe..

Pantang pulak sama macam sebelum ni. Berbengkung, berurut, bertungku, mandi air suam, pakai stoking and jaga makan tu memang ada dalam list. Bab stoking tu, bila rasa tak selesa or panas, mulalah nak ngelat bukak..(oh! sekarang ni kaki kiri tidak berstoking and kaki kanan masih lagi berstoking).

Kalau tiba time tungku pulak, mr hubby akan panaskan batu tungku atas dapur gas. Then barulah start tungku. Untuk seminggu ni memang ada assistant tapi next week rutin asal mula kembali. Semuanya akan dilakukan dengan sendiri. Untuk permulaan nampak gaya ala kadar la jawabnya...haaaaaisshhh..

Bab makan pulak..protien, karbohidrat and vitamin memang cukup. Mana yang berkhasiat memang makan je. Ulam petai pun tetap jadi santapan jugak..ngeeeee..Tapi tak banyak la. Cukup sekadar 2 biji je kononya nak buat sebagai penyedap tekak. Itupun perut dah lain macam. Pukul 4.30am boleh %$^&*#@$ and itulah penutupnya. Then barulah perut ni kembali normal.


 Mee goreng sebagai juadah minum petang semalam..

Biasanya bermula dari breakfast, lunch, hi-tea and dinner, mak lah yang akan sediakan. Dialah yang buat senaman kaki hantar makanan dalam seminggu ni. Itu belum lagi bab menghantar cucu yang kejap-kejap nak pergi rumah nenek and kejap-kejap nak balik.

Selain dari mr hubby yang mengambil alih tugasan wifenya ni, mak pun turut ambil bahagian jugak. Tapi bila bab mandikan Alli, itu memang mak seorang je yang boleh buat.

Ada time-time tu, Abbas, Azziz and Maryam pun mak yang mandikan. Tak lupa jugak ayah yang rajin sangat melayan kerenah Maryam.


 Mr hubby sedang vacum rumah setelah menerima arahan dari pihak atasan a.k.a wifenya.. :)

Thanks mr hubby! Thanks mak! Thanks ayah!..Really appreciate!

Cukuplah..lenguh dah pinggang ni duduk..nak baring pulak. Alli pun dah merengek nak susu.

Nite!:)

2 comments:

kasihredha said...

waktu2 mcm ni
suami kita pandai pulak mengemas rumah kan...hihi

cium unk Alli ye
muahhh

Sue said...

kasihredha: hehehehehe..kadang tu memang kena suruh baru teringat nak buat..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails