Pages

Wednesday, October 13, 2010

My first fruit tart..boleh laa..

Fuhh! lebih kurang pukul 1.00am baru settle buat fruit tart. Itupun tak habiskan kesemua bahan-bahannya (tart shell & fruits).

Sebelum nak mulakan proses-prosesnya, kena bagi lil' princess tidur dulu. Nanti tak adalah bila time tengah buat fruit tart tu, dia merengek nak tidur.

Proses untuk buat fillingnya memang awal-awal dah siap. So maknanya dalam pukul 11.30pm baru start bubuh filling dan aneka buah kat tartlet shell tu. Resepi fruit tart i ambil dari My Resepi.com.

Dalam resepinya ada diubuh coklat cair tapi i tak letak sebab first time buat kan..risau la jugak kot-kot tak berapa nak menjadi. So nanti tak adalah membazir beli coklat cair tu. Rasanya kalau tak letak pun tak apa kot sebab bila survey resepi fruit tart yang lain, tak ada pulak dibubuhnya coklat cair. So ibarat mengoreng mee tanpa taugeh la. Nak bubuh taugeh pun boleh, tak bubuh pun boleh jugak. (Sesuka hati je buat statement macam tu).

Tapi untuk tart shellnya i tak buat sendiri coz beli yang dah siap dari bakery shop. Itu yang lagi mudah je nak buat respi ni. :)

 
Bahan-bahan
Tart shell
Buah-buahan segar - strawberry, kiwi & anggur

Bahan-bahan untuk filling
300ml susu segar
3 biji kuning telur
20g tepung gandum
20g tepung jagung
1 camca teh esen vanilla
2 camca besar marjerin / mentega

Cara untuk menyediakan filling
  • Panaskan susu hingga menjadi suam.
  • Dalam satu bekas yang lain, satukan kuning telur, gula, tepung gandum dan tepung jagung. Kacau gunakan whisk hingga berkrim.
  • Tuangkan susu yang suam tadi sedkikit demi sedikit sambil terus mengacau.
  • Tenggekkan bekas berisi adunan tadi keatas air yang mendidih (kaedah double boiler) dan terus mengacau hingga adunan menjadi pekat dan licin.
  • Matikan api dan masukkan esen vanilla serta marjerin / mentega dan kacau hingga sebati.
  • Alihkan ke dalm bekas yang lain.

Cara penyediaan 
  • Letakkan filling ke dalam tart shell tersebut dengan menggunakan piping bag / sudu kecil.
  • Susun buah-buahan segar diatasnya.
  • Bagi yang inginkan fruit tart kelihatan berkilat, boleh gunakan apricot glaze.  
  
p/s: Seronok tengok hubby dan Abbas menikmati fruit tart ni..Azziz lebih suka makan tart shellnya je..Maryam?? ada juga bagi dia rasa sikit. So sesiapa yang belum try buat resepi ni, kena try sebab best.. :)

2 comments:

raFida oThMan ( fiEda ) said...

wow!! bestnye....
ko beli da siap ke hape nieh...?
ahahha!

Sue said...

fida: memang besh! tart shell je aku beli yang dah siap..yang lain tu buat sendiri ler..ko cuba lah buat..manalah tau kan kot-kot iman suka.. :)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails