Pages

Thursday, June 17, 2010

Ikan yu nak masak apa..?

Yeah! It's time for me to 'melepak' depan laptop ni. Ngeh..ngeh..ngeh. Well, menu untuk malam ni simple je iaitu nasi goreng kerabu versi kampung. Maknanya nasi goreng kerabu yang pedas le tuh.

Malam ni minta tolong hubby suapkan Abbas dan Azziz makan sebab wife dia ni nak pergi ke pasar malam. Maryam seorang je yang follow mamanya. Lenguh la jugak bahu ni duk mengendong Maryam. Nasib baiklah bawa sling.

Sebab utama pergi ke pasar malam nak beli bahan mentah (ikan,daging etc). Tapi kali ni bahan mentah tak beli banyak pun. Cukup sepotong ikan merah sebagai sumber protein dalam porridge Maryam dan juga ikan yu.

Actually selama ni memang tak pernah pun makan yu. Beli ni pun sebab hari tu hubby duk nak try makan ikan spesis ni. Katanya masa zaman keciknya dulu pernah makan. Hurm..ni kes rindu la nih..

Sebelum nak beli tu, sempat lagi survey masakan yang sesuai untuk ikan ni dan cara pembersihannya. Penjual tu kata ikan ni sesuai masak kari. Pastu ikan ni kena direndam dengan air garam + air asam jawa terlebih dahulu disebabkan bau nya yang sedikit kuat. Ntahlah..orang yang tak pernah beli  macam i ni memang kena ikut apa yang dipesan.


Yu yang dibeli lagi kecil dari yang ini..image by google..

Macam biasa lah kalau dah beli ikan, memang awal-awal lagi dah suruh penjual tu siangkan ikan tu. Sampai rumah cuma bersihkan dan simpan dalam freezer.

Rupanya kulit ikan spesis yu ni dibuang sekali. Itu yang nampak togel dah ikan tu. Lepas ni nak kena guna khidmat mr google tentang resepi yu. Sesiapa yang pernah masak / makan yu, boleh lah share info sekali. :)

p/s: dapat juga beli blanket Tom & Jerry untuk Azziz..permainan basketball untuk Abbas..& tudung untuk mamanya..hehehe..

1 comments:

raFida oThMan ( fiEda ) said...

yup...msk kari best!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails