Pages

Friday, June 11, 2010

Cameron Highlands

Sabtu lepas seawal 7.00am pagi dah keluar menuju ke Cameron Highlands. Sebulan sebelum tarikh nak pergi dah pun book apartment dekat Tanah Rata. Dalam pukul 9.00am lebih kami sekeluarga berhenti di R&R Tapah untuk menikmati sarapan pagi. Seriously memang ramai umat-umat manusia yang berhenti disitu. So bila nak order makanan tu memang kena beratur.

Berhenti breakfast di R&R Tapah..



Sepanjang perjalanan ke destinasi percutian kami, Azziz boleh pulak muntah sebanyak 2 kali. Sebelum ni tak pernah pulak dia muntah dalam kereta. Mungkin sebab jalan ke Cameron Highlands tu berbengkang-bengkok.

Sebelum sampai ke Tanah Rata, kami berhenti di Lata Kijang Waterfall. Siapa yang nak singgah kat sini, dinasihati agar berhati-hati kerana batu-batunya yang agak licin. Sempat jugak ambil gambar kat sini.


Lata Kijang Waterfall..

Dalam pukul 12.00pm dah sampai Tanah Rata. Disebabkan waktu check-in pada pukul 1.30pm, so kami lepak minum sambil makan jagung dan beli souvenirs dekat Loon Hing Craft Shop. Dekat sini ada bermacam jenis strawberry souvenir seperti strawberry bag, strawberry umbrella, strawberry pillows, strawberry keychains, strawberry shoes..pendek kata semuanya ada design strawberry!


Azziz tak pakai baju gara-gara 2 kali muntah..time ni memang tak sejuk..


Tempat beli souvenir..image by google..

So i've got strawberry slipper for Abbas, strawberry balloon for Azziz and strawberry doll for Maryam. And for me and hubby, just a fridge magnet.


Souvenirs for kiddos..

Okey, now i'm going to cerita about our apartment yang indah khabar dari rupa! Apartment yang dimaksudkan adalah Carnation Park (Alina Holiday). Berminat nak stay kat apartment ni pun bila guna khidmat mr google. Bila tengok image setiap ruang apartment tu kat mr google, terus je book apartment ni. Kiranya okey lah jugak kalau setakat nak duduk satu malam. Ditambah pulak dengan adanya tertera "Our Apartments are for Muslim Guests only".


Carnation Park..(Alina Holiday Apartment)..image by google..

Tapi bila je dah check-in (duit pun dah bayar habis), tak sangka lah pulak dapat apartment yang macam tu. Nak sembahyang pun kena tunggu pekerjanya datang untuk bagi kompas kiblat. Lepas tu katanya ada sediakan Astro tapi tak ada pulak disediakan astro card. Hubby pulak yang nak kena call untuk dapatkan astro card.

Electric kettle pun tak berfungsi langsung. Sarung bantal tidur pun disimpul je. Bukannya nak letak sarung bantal yang lebih sesuai. Rupa bantal tu pun dah macam bantal busuk. Bukan setakat itu sahaja, toilet dekat master bedroom pun berbau tak hengat! Gggggrrrr.....Memang ada terfikir nak snap picture apartment tu tapi malas pulak nak cari sudut-sudut yang sesuai untuk disnap.

Sepatutnya sebelum guest dah nak check-in, kenalah siapkan segala benda. And kalau apartment tu memang untuk muslim sahaja, kenalah sediakan tanda arah kiblat/kompas kiblat + sejadah.

Last-last hubby call Alina Holiday and mintak balik RM200 dari RM280. So kami rugi RM80. Lepas kejadian yang betul-betul membuang masa kami, hubby terus cari apartment yang lain. Nasib baiklah kereta hubby ada GPS. Senang sikit nak cari apartment terdekat.

Akhirnya kami stay dekat Desa Athurium Apartment. Itupun kami check dulu apartment tu sebelum comfirm nak stay. :)


Desa Athurium Apartment..image by google..

Family potrait..

Kemudian next program kami ke Strawberry Farm. Kononnya nak rasai pengalaman petik strawberry sendiri tapi tak dibenarkan sebab musim cuti sekolah. Mungkin diorang takut strawberry rosak kalau ramai sangat tangan yang nak memetik kot. Hehehe..Kesian kat Abbas sebab tak dapat nak petik buah strawberry. Abbas memang xcited nak petik buah tu sendiri. Ini gara-gara mamanya yang duk asyik bercerita kat dia la ni. So bila kat strawberry farm ni, kalau tak beli strawberry memang tak sah! :)


Bergambar di Strawberry Farm..


Nampak macam bergambar disebelah reban ayam je..hehehe..

Pic diambil dari luar..

Resepinya..strawberry, gula, whipped cream & chocolate syrup..memang besh!..

Memang favourite Abbas..

Then next program kami ke pasar malam Brinchang. Dekat sini selain dari sayur-sayuran, ada jugak jual souvenirs, makanan dan macam-macam. Untuk dinner kami cuma beli murtabak dan bahan untuk salad kerana malam tu dinner kami lebih kepada panggang-memanggang di mana lamb, ayam dan ikan telah di perap dari rumah terlebih dahulu.. Hehehe..


Pasar Malam..salah satu tarikan pelancong di Cameron Highlands..

Dinner kami sekeluarga.

Keesokan awal pagi kami dah kena bertolak ke Perak kerana atuk (sebelah ayah) meniggal dunia and program untuk melawati tempat-tempat yang menarik di Cameron Highlands dibatalkan serta-merta.


6 comments:

Lia said...

wahh.. best jln2.. sedapnya tgk strawberridgn cream tu... ^__^

Anonymous said...

Thanks for sharing info about the dodgy apartment..should take note/black list for my future plannning..cheers!

Unknown said...

IdzaLia: resepi dah ada kat pic tu..nanti bolehlah cuba buat..:)

Unknown said...

Anonymous: sharing is caring..hehehe..

raFida oThMan ( fiEda ) said...

strawberry doll!!! iman ade 1...

Anonymous said...

Salam,

I will be going to CH this august with my wife and parents in-law, and looking for an apartment. I was about to book at ALINA however after reading your comments I chnaged my mind. May I ask you about the Desa Athurium Apartment. Is it good? or do you know any good apartment in CH? your feedback will be much appreciated.
you can send it to me at: datotansri@yahoo.com
Salam,

Ismail

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails