Pages

Thursday, November 4, 2010

Aquaria KLCC

Memang awal-awal lagi dah rancang nak pergi Aquaria. Saja je nak bawak budak-budak pergi tengok ikan. Kitorang bawa atuk diorang sekali.

Sebelum nak sampai ke destinasi, singgah Life Care kat PJ dulu sebelum meneruskan sessi menikmati santapan tengahari di Cozy House kat Ampark Park. Time kitorang sampai Cozy pun dah sama time orang pergi lunch (kitorang pergi weekdays). So ramai la nak makan kat situ. Tapi bab menunggu makanan sampai memang tak lama. Sekejap je dah terhidang kat depan mata. Wah! very the cepat! I likeee.......

Menunya black pepper beef, asparagus goreng cili dengan belacan, tofu with salted fish, dried chilli chicken with cashew nuts, 4 nasi putih, 2 air suam (FOC) dan 2 air kosong (FOC). Bagus kan..minum dengan air kosong je. Table lain punyalah bekaler-kaler air yang di order padahal macam lah kat rumah makan nasi dengan carrot juice kan. (statement orang yang takut bujet lari memang cenggini la..)..Hehehehehehehe..


Black pepper beef..

Asparagus goreng cili dengan belacan..

Tofu with salted fish..

Dried chilli chicken with cashew nuts..

Dari Ampang Park nak ke Aquaria kitorang naik train je. Sesekali nak bawa budak naik train. Tapi macam tak berapa nak puas la coz jarak station dari Ampang Park ke KLCC cuma 1 station je. Ibarat baru nak syiok letak punggung dah kena bangun balik. Yang penting dapat jimat duit parking..cuma kena berjalan kaki untuk sampai ke Aquaria.


Tut..tut..naik Thomas & Friends..


Bila datang time weekdays ni memang pengunjung pun tak ramai mana pun. Masa kat dalam Aquaria tu, kitorang dapat tengok 2 kali sessi memberi makanan pada ikan-ikan yang bermacam-macam size ada. Waktu ni lah pengunjung yang nak tengok sessi tu berlepak kat lantai depan aquarium. Kalau datang weekend, comfirm sesak !




Piranha..

Belangkas..

Rasanya ni Arapaima kot..seriously besarrrrrr..



Mula-mula masuk dalam Aquaria tu terus jumpa aquarium piranha. Then kolam belangkas. Patutlah ada istilah 'berkepit macam belangkas' sebab belangkas yang kat dalam kolam tu memang berkepit berdua je. 

Seronok bila tengok bebudak ni enjoy tengok ikan-ikan kat dalam tu. Kalau nak dibandingkan dengan pergi genting itu hari, lagi berbaloi bawak budak-budak ni pergi Aquaria. Sebelum nak balik cuci mata dulu kat area souviner (mesti akan lalu area ni sebelum nak keluar). Dapat lah beli 2 fridge magnet. Cukup lah tu kan..dah nama pun takut bajet lari.


Nak balik rumah dah..penat la tu..



Bukan setakat spesis ikan je..spesis haiwan dan hidupan air yang lain pun ada.

3 comments:

raFida oThMan ( fiEda ) said...

bape hengget ek masuk sane?

Unknown said...

Fieda :henggetnya..

adult : RM35
child :RM25 (bwh 3 tahun FOC)
senior citizen : RM25

raFida oThMan ( fiEda ) said...

oo...mekaseh2.
kene pegi sblm iman berumur 3thn.
wahah...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails