Pages

Monday, March 21, 2011

Dino alive

Pagi Sabtu lepas kitorang pergi Pusat Sains Negara sebab nak tengok dinosour bergerak-gerak. Tapi yang geraknya cuma 2 ekor je. Yang lain tu tak tahulah mana dipamerkan. Ntah-ntah memang 2 ekor je. Hehehehe..


Tiket masuk RM25.00. RM10.00 untuk dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak 4 tahun hingga.......tak pasti pulak. Orang memang ramai tapi tak adalah sampai berasak-asak.




















 Terpinga bila nampak dinosour..

 Berkeras untuk tidak ke kawasan dinosour..takutttttttt..

 3 ekor monyet tipu sedang buat konsert..siap berjoget bagai..

 Ni konsert dari 8 sekawan..

 Ini bukan senaman tapi kena kayuh laju-laju untuk gerakkan keretapi..

 Abbas pulak..



 Tidur ke..hehehehehe..

 Abbas the transformers..yang tukang dukung papanya la..



 Maryam tak suka..


First time sampai Pusat Sains Negara and.."ooooo..cenggini rupanya..". Siapa yang nak tengok benda-benda berkaitan fizik, kimia, biologi dan yang sewaktu dengannya bolehlah kesana.

Ada pameran piston and bla bla bla bla..nak sebut satu-satu pun dah tak ingat sebab memang banyak sangat yang dipamerkan.. Playground dengan area untuk bebudak pun ada.

Tapi pameran dinosour sehingga 20 Mac je. Mana yang berhajat nak pergi, nampak gayanya kena tunggu next pameran la kot. Itupun kalau ada dibuat lagi.


Sementara menunggu papanya amik kereta sebab mama nya penat dan malas nak berjalan..

Program asal memang nak ke Ampang lepas pergi Pusat Sains tu sebab ada wedding invitation tapi tak pergi pun akibat tak perasannya mr hubby dengan tembok yang dah lama bertugu kat parking kereta kat situ sampaikan habis disagat dengan keretanya. Srrrrreeeeettttt..........!

Apalagi..terus je dia keluar dari kereta and kelihatan muka yang kecewa. Itu masa dia kat luar kereta tapi bila dah masuk kereta, terus je dia rasa tak ada mood nak pergi wedding tu. Bukan takat tu je..sampai jalan nak balik pun boleh tersalah masuk. Runsing punya pasal. Perut dah lapar ni..salah masuk jalan pulak tu. Haaisshhh..

Ini sama kes masa pergi holiday kat Singapore dulu-dulu tu. Bila mr hubby tersagat tembok kat tempat parking, terus je kitorang tak jadi nak ke Sentosa Island. Kes tak syiok bila kereta kena sagat la ni.

Frustnya sebab tak dapat pergi wedding tu. Bukan sebab artis yang kawen tapi sebab rasa nak pergi kenduri orang kawen. Adakah kerana tekak ni duk teringin nak makan lauk ayam masak merah yang biasa kat kenduri orang kawen tu????..Entahlah..

Ingatkan boleh terus pergi makan tapi mr hubby ajak singgah bengkel dulu. Selagi dia tak pergi bengkel selagi tu dia tak senang duduk. Wife dia ni ikut je lah..pendek kata "i fahammmmm".

Lepas tu barulah dapat pergi kedai makan. Itupun mencari jugak sebab Abbas dengan Azziz nak makan roti canai dengan cicah. So haruslah mencari kedai mamak. Bila dah sampai kat kedai Kayu Nasi Kandar Taipan, siap dah duduk bagai sekali bila time nak amik order, katanya roti pukul 4 petang baru diorang buat. Aduh!

Me : Abbas, abang said roti egg don't have. Abbas nak eat rice tak?

Abbas : Then Abbas want roti banana. Abbas don't want rice.

Duhai anakku..roti egg dengan roti banana tu keluarga yang sama..ROTI CANAI.

Anak nak makan roti canai punya pasal, terus masuk kereta and pergi cari kedai mamak lain. And before that tapau nasi campur dengan ulam petai rebus dekat kedai sebelah untuk mama nya dulu.

Last-last makan dah nak pukul 3.30 petang baru lunch. 3 keping roti telur untuk kiddos dan mr hubby.


 



Mr hubby : Abbas, nanti when papa and mama dah tua, if papa and mama nak makan roti canai, Abbas nak belikan tak?

Abbas : Don't want.

Mr hubby : Why?

Abbas : Nanti duit Abbas habis.

Janganlah begitu wahai anakku..

2 comments:

kasihredha said...

hahahah....takut duit abbas habis...jujurnya.

Unknown said...

hahahahahaha..itulah kak..time tu mmg mr hubby dengan sue ketawa je.. :)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails