Pages

Wednesday, March 9, 2011

Ole-Ole Bali

Teringin nak try makan kat sini bila tengok decoration restoran ni punyalah happening so manalah tahu kot-kot food kat situ pun happening jugak plus my SIL pernah makan kat situ and katanya murah dengan portion yang besar.












Avocado Shake..RM12.00..

Barley Lime..RM6.00..

Nasi Campur-Beef RM33.00..

Macam Nasi Campur Beef tu..dihidangkan sekali dengan sambal yang lebih kurang rasa macam sambal belacan, sayur kacang panjang yang dipotong dadu, dengan sambal apa ntah. Mungkin sambal yang biasa orang bali makan kot.

Pastu sekali dengan daging yang rasanya macam rendang. Didatangkan sekali dengan sotong, sayur kangkung, udang, sate lilit, fish fillet dan keropok. Menu ni makan dengan nasi putih.


Nasi Siap Bumbu..RM27.00..

Untuk menu Nasi Siap Bumbu tu pulak, dihidangkan dengan sambal yang rasa macam sambal belacan tu, sayur kacang panjang yang dipotong dadu dan sambal yang tak tahu namanya tu.

Datang sekali dengan sayur kangkung, keropok dan ayam setengah ekor. Betul..memang setengah ekor!  Yang ni pulak makan dengan pulut kuning.


Kid Pasta pakej dengan air..RM9.00..

Pada awalnya memang me and mr hubby cuma order 2 main course sebab tengok portionnya yang besar so cukuplah untuk kitorang kongsi lima beranak. Tapi last-last kena order menu lain untuk kiddos pulak sebab diorang buat dek je bila tengok nasi-nasi tu sampai. Macam biasa lah..pasta for kiddos!








Barulah kiddos ni layan diorang punya food..apa kurang mama diorang kan..hehehehe..

Keseluruhannya food kat situ boleh tahan rasanya cuma masa pergi tu tekak ni still tak terasa nak enjoy makan nasi so tak berapa nak enjoy sangat. Tapi sambal belacannya memang sedap and masakannya lebih kurang macam masakan kita kat sini je. Tak jauh beza sangat. Pasta tu rasanya lebih kurang pasta bolognese je tapi tak berapa nak kick sangat la. 

Cuma kat situ tak disediakan kerusi budak yang macam biasa kita nampak kat mana-mana restoran. Setakat diletakkan kerusi kecik kat atas kerusi beralas merah tu and barulah budak duduk atas kerusi kecik tu. 

Mana Maryam tak kejap-kejap nak mengelongsor je kerjanya. Sambil suapkan dia sambil duk pegang dia takut gelongsor kebawah.











5 comments:

kasihredha said...

beasr portion nya tu sue...sure kenyang :)

raFida oThMan ( fiEda ) said...

ade gak plan nk p mkn situ pd 3rd annvsry nti...dok tgk blog2 org cite psl rest ni cm syok jek.erm, nyumm2...

Azian Elias said...

Akak suka sangat Barley Lime tu.. Selalu order kalau ke situ.

Lia said...

sedapnya tgk nasi siap bumbu tu.. yum yum...

Unknown said...

kasihredha: memang besar gak portion tu.. :

fiEda : okey jugak tu..pergilah try makan kat situ.. :

Yan : sue pun baru first time try air barley lime tu..okey gak rasa nya.. :)

Lia : Nanti bila Mok dah balik, boelh ajak Mok makan kat situ.. :)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails