Pages

Monday, March 28, 2011

Rasa sekejap je masa berlalu

Bermacam-macam perasaan ketika ini. kelakar, gembira, frust dan juga cergas. Rasanya tak perlu lah nak jelaskan satu-persatu. Yang penting i happy with my life. Oh yes!

Okey..nak update sikit pasal kiddos. Ketiga-tiga buah hati tersayang sedang diserang selesema yang seperti air terjun Niagra. Hijau karer pun ada. Hahahahaha..siapa yang sedang makan tu jangan marah okey..

Yang pastinya Azziz yang kena dulu. Dia yang start batuk dengan selesema sekali. Pastu barulah ahli skuad yang lain pun ikut. Cuma Abbas dan Maryam je tak batuk.

Cerita pasal Abbas ni, sekarang ni dia dah lebih arif sikit bila bab melukis. Tapi tidaklah searif lukisan kanak-kanak yang dah pro. Cuma nampak la jugak improvementnya.

Untuk usianya yang belum mencecah 4 tahun (kalau ikut tahun, Abbas 5 tahun) tu kira okey la. Dia pun dah start belajar baca Iqra' dengan papa nya. Kadang-kadang tu tugasan tu diberikan kepada mama nya.

Sekarang ni pun me and mr hubby dah start survey sekolah rendah untuk dia. Mungkin ada yang fikir "overnya..anak baru 5 tahun dah heboh nak survey sekolah". Tapi seriously better register sekarang coz once sekolah yang u nak masukkan anak sendiri tu dah full, memanglah takkan dapat masuk. Lagipun memang dah boleh registerkan anak masuk sekolah bagi yang umurnya 5 tahun.

Untuk tadika memang dah tetapkan (setakat entry ni dibuat) akan hantar Abbas ke Genius Aulad. InsyaAllah akan turut hantar adik-adiknya yang lain juga. Tapi sampai sekarang ni Abbas duk tak nak pergi sekolah. Tak faham betul. Lagi dia suruh papa and mama nya pergi sekolah adalah.

Bila duk layan perasaan sorang-sorang ni, ada jugak terfikir yang kejap je masa berlalu. Anak pun dah nak masuk sekolah. Rasa macam sayu je. Silap-silap nanti bila hantar Abbas masuk sekolah, bukan dia yang nangis tapi mama dia yang over nangis. Apadaaaaa..

Azziz pulak sekarang ni dah kenal A sampai Z. Tapi yang pastinya pelat tetap ada lagi. Kalau keluar komfem orang lain tak faham apa yang dibecokkan oleh Azziz. Kadang-kadang tu sampai mr hubby pun tak faham. And jangan tak tahu yang dalam rumah ni ada seseorang yang akan terjemahkan apa yang dikatakan oleh Azziz iaitu Abbas dan juga mama nya ni. Ada time tu juga habis dibahankan adiknya.

Agaknya kalau i pun kerja, silap-silap i pun memang tak faham apa yang dicakapkan Azziz macam..

  • don't want = lo want
  • wash hand = wo en
  • susu = lulu
  • mama = nana
  • papa = tata
  • tak boleh = tak luleh
  • scared = tek

Dah..cukup tu je senarainya. Kadang-kadang tu memang kelakar je bila dengar dia cakap. Lebih-lebih lagi bila dia cakap cepat. Azziz oh Azziz..

Hisap jari tak yah cakaplah. Kalau sehari tak hisap lebih dari 5 session memang tak sah. Bila sapu bawang putih kat jari dia, ingatkan dia terus tak nak hisap tapi bleh pulak dia suruh sapu lagi. Dah macam penambah perisa pulak.

Maryam pulak sekarang ni dah pandai merajuk. Pastu kalau bab nak minum terutama sekali bila ada kat luar, komfem dia nak pegang sendiri. Jangan haraplah dia nak mengalah. Kalau ada mood, layan jugak kerenah dia tapi kalau tak ada mood tak adanya lah nak layan.

Dia pun dah semakin syiok makan nasi. Kalau before this memang susah nak suapkan dia nasi and kadang-kadang tu tak sampai 5 suap dia dah keluarkan dari mulut dia. Tapi now dah okey dah. Kalau dulu memang kena lebih masak spesis mee. Sampaikan dah kembang tekak ni walaupun bukan diri sendiri yang makan.

Cuma dia masih lagi berada dalam peringkat masa Azziz sebaya dengan dia dulu iaitu bila makan buah epal, komfem dia amik jusnya je pastu terus dia keluarkan sisa epal tu dari mulut. Me and mr hubby la jadi mangsa tolong kutipkan.

Itulah kisahnya..Nak masak pau untuk minum petang kiddos. Azziz dah tak sabar nak makan pau.. :)

2 comments:

Azian Elias said...

hisap jari?? anak akak yg no 2 tu isap jari dari kecik sampai umur dia 7 tahun.. kena kerap cegah.. Now ok dah..

Unknown said...

Yan : Itulah kak..nak kena bendung dari awal lagi ni..nanti nak try letak halia pulak..hehehehehe..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails