Pages

Wednesday, March 16, 2011

Resepi Jeruk Maman

Okey..lately ni ada baca satu entry dari blog kak KASIH pasal jeruk maman ni. Serius time tu terus rasa tekak ni duk memanggil "maman..maman..aku nak mamam kau wahai maman"..

Bila time pergi pasar malam, i cari sampai kesemua bahagian yang menjual sayur kot-kot ada dijualnya sayur maman ni walaupun masa tu jugak memang tak pernah tengok sayur maman yang belum lagi dibuat jeruk.

Hasil dari klu yang diberi oleh FIL pasal sayur maman ni, katanya batang sayur maman ni lebih kurang sama macam batang sayur bayam.

Tapi semua bahagian sayur kat pasar malam sini memang tak ada jual. Sayur bayam ada la jual. And rasanya tak salah kalau i katakan sayur ni senang nak dicari dibahagian pantai timur sebab rata-rata yang tahu pasal sayur maman ni komfem orang dari sana. Tapi tak tahulah kalau kat pasar area lain memang ada jual sayur ni.

Kebetulan sabtu hari tu mr hubby tengah godek-godek facebook nya and ada antara kawannya yang buat status pasal dia ni baru je lepas dapat beli sayur maman dekat pasar borong Selayang. Apalagi..haruslah minta dibelikan untuk kitorang kannn..lagipun kawan mr hubby pun dah offer kot-kot kitorang nak ke tak.


Seikat RM2.00..dapat beli 3 ikat..

Bagi yang tak tahu, jeruk maman ni biasa dimakan dengan nasi dan ada juga yang masak maman ni bersama gulai lemak cili api ikan tenggiri.




Bahan-bahannya
3 ikat sayur maman-dipotong dan dibersihkan dahulu
Garam secukup rasa
Beberapa ketul nasi-lebih kurang sebesar coklat koko jeli
Air suam


Jeruk maman..rasanya yang masam dan sedikit masin memang terangkat!..
  • Masukkan sayur maman kedalam bekas / balang kosong peringkat demi peringkat. Macam buat lasagna.
  • Kemudian bubuhkan sekali seketul nasi dan garam bagi setiap peringkat.
  • Apabila bekas / balang telah penuh, barulah dimasukkan air suam.
  • Biar sehingga 3 hari dalam suhu bilik dan barulah boleh dimakan.

*Garam dibubuh setiap peringkat sayur maman..jadi agak-agak lah sendiri ye..
*Air suam tersebut perlu memenuhi bekas / balang tersebut.
*Selepas mula dimakan, boleh simpan jeruk tersebut ke dalam fridge.




P/s : Suka betul Abbas makan nasi dengan jeruk maman ni.. :)

.

6 comments:

Lia said...

jeruk mamam ni mmg sedap ni.. dulu arwah tok lia selalu buat utk cucu2 dia.. mkn dgn sambal belacan lak.. fuh..

kasihredha said...

dulu arwah nenek akak yang selalu buat jeruk maman ni.
Owhh akak baru tahu kat pasar selayang ada jual..nanti boleh le cari :)

Unknown said...

Lia : sue belum pernah makan maman ni dengan sambal belacan lagi la pulak.. next time belum try la gamaknya..hehehehe..

kasihredha : nanti kalau akak teringin, boleh terus ke pasar selayang.. :)

A D I A said...

mak saya baru buat jeruk maman ni, mmg feveret kitorang berdua. potong cili api, letak bawang, sedappp.

hari tu try makan lepas 3 hari, tak brapa sedap. kena tunggu at least 5-6 hari baru sedap.

Unknown said...

A D I A : sekarang ni pun boleh dikatakan my feveret jugak..hehehehe..

time buat ni dapat dua balang so cili api sue terus letak sekali dalam balang yg ke dua tu..

KAMARUDDIN BIN MAMAT said...

maman ni ada 2 jenis...kalau ang biasanya yang batang mcm bayam tu...kita panggil bayam peraksi.spesies ni menumpang tumbuh bila kita tanam maman sebenar.kalau yg tau akan cabut buang kerana akan ganggu pertumbuhan maman sebenar. maman batangnya agak keras compare to bayam peraksi...wallahuaklam.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails