Pages

Tuesday, February 15, 2011

Duit telah hilang

Kisahnya begini..ahad lepas merupakan my first session untuk ambil lesen P. So start dari rumah lagi memang dah bawa kereta sampailah ke pusat latihan. Yang ada dalam kereta tu of course lah hanya me and pengajar.

Masa tengah bawa kereta tu, handbag memang i letak kat atas tempat duduk belakang pemandu. Dengan itu agaknya pengajar a.k.a si X tu boleh buat projeknya iaitu mengambil duit from my wallet! Lebih tepat sekali mencuri.

Pada awalnya i start bawa kereta memang i tak terfikir pun tapi bila suddenly mata ni nak tengok cermin sisi belah kiri, i perasan tangan kanan si X tu macam cuba melakukan sesuatu dibelakang.

Seriously dan-dan tu kepala ni terus teringat yang ada salah seorang pengajar ada cerita ada pengajar yang tak bertauliah panjang tangan sewaktu student tengah bawa kereta. Tapi takkan lah si X tu tak bertauliah pulak sebab everytime i pergi pusat latihan memandu tu memang perasan ada muka dia.

Pastu kejap-kejap i tengok cermin sisi kiri. Memang komfem bila tiap kali i toleh muka untuk tengok cermin sisi kiri, si X tu cuba buat macam biasa.

Then boleh pulak tetiba cakap bantal kat belakang nak terbang sebab angin kat luar. Konon nak bagitahu la yang tujuan tangannya kat belakang tu sebab nak pegang bantal tu dari terbang. Ceh!

Tapi tak tahulah apsal masa tu still fikir positif lagi and even masa dah sampai kat pusat latihan tu, i boleh lagi bersembang macam biasa which is tak rasa nak check wallet pun.

Bila dah sampai rumah, memang hati ni tergerak nak check wallet and RM100 telah hilang. Siapa lagi yang nak ambil kalau bukan dia. Takkan lah mr hubby nak amik duit i pulak kan. Sebab utama yang i yakin 100% dia yang curi is..

  • Buat apa dia letak tangan kanannya dekat belakang seperti sedang mengambil sesuatu kat tempat duduk belakang.

  • Time bawa kereta tu memang tak pasang aircond so kalau nak pegang bantal kecik kat belakang takut terbang sekali pun, apsal muka pun duk sibuk nak tengok-tengok kat belakang?.

  • Tanpa bertanya, dia sendiri yang tetiba bagitahu tujuan satu tangannya letak kat belakang tu sebab nak pegang bantal. Apa cerrr??ada aku tanya?? Ceh! (Ni kes buat i marah la ni).

  • Masa on the way nak balik rumah, i memang bawa laju kalau nak dibandingkan pada mulanya i bawa dari rumah ke pusat latihan. Dia sendiri yang cakap memang i bawa laju. Tapi tak ada pulak tangan dia nak pegang bantal kat belakang. Kau dah letak batu besar kat atas bantal tu ke ha??

  • Dari awal i masuk kereta tu memang i tak keluar pergi mana pun melainkan bila nak bertukar tempat duduk dengan stupid person tu. So memang handbag i sentiasa berada dalam kereta tu. Toilet pun tak pergi. Takkan i sendiri nak mencuri duit sendiri? Itu bukannya mencuri tapi memang dah jadi hak sendiri.

  • Dalam wallet memang i tahu ada RM50 3 keping and memang tak keluar pergi berjimba mana pun melainkan pergi belajar kereta. Takkan duit tu boleh terbang keluar pulak?.

  • Dia sendiri yang mengaku tapi dengan cara yang sopan. Dia cakap denagn mr hubby "okey, nanti saya akan bagi duit tu sebab memang dah jadi tanggungjawab saya kalau dah hilang". Helllllllooooooooo! Kau ingat dengan cara sopan tak bertempat kau tu, orang boleh percaya yang kau tak amik lah? Logik sikit la..siapa yang baik hati sangat nak bagi RM100 or nak bagi duit yang dia sendiri pun tak amik. Kau nak derma pun belum tentu nak bagi RM100 kan.
Apalagi, terus lah mengadu kat mr hubby. Mr hubby suruh komfem betul-betul kot-kot i salah kira ke. Tapi tak adanya nak salah kira. Pagi sebelum nak pergi belajar kereta tu memang i dah check wallet i.

So terus je mr hubby call orang yang handle sekolah memandu tu. And semalam orang tu ada call mr hubby and suruh mr hubby buat police report sebab kalau tak ada police report, memang susah pihak dia nak buang si X tu.

Katan mr hubby, orang yang handle sekolah memandu tu malu dengan kitorang sebab ada staff macam si X tu.

Ini lagilah pening dibuatnya. Kalau boleh me and mr hubby tak nak panjang-panjang sebab kita tak tahu kalau-kalau si X tu berdendam ke. Tak ke haru jadinya. Dah lah dia tahu mana rumah kitorang. Kang tak pasal-pasal dipecahkan cermin kereta siapa nak bayar? Kalau dia buat benda yang tak baik pulak? Ya Allah..jauhkanlah dari benda-benda yang tak baik ni.

And if kitorang tak nak buat police report, pihak diorang minta i buat satu surat dengan mengatakan si X tu telah mencuri duit i.

So nak buat macam mana sekarang? Nak buat police report or biar pihak institut tu sendiri yang buat? Oh! pasal duit tu mr hubby suruh si X tu bagi dekat pihak sekolah memandu sebab mr hubby tak nak tengok muka dia.



P/S: I ada ceritakan pada kawan..bila dia sebut pasal pukau, terus je takut. And terus terfikir adakah hari tu i kena pukau sampai duit i boleh hilang?..rasanya tidak. Nauzubillah..

2 comments:

Lia said...

lia dulu ms ambik lesen form 5, mmg ada penah dgr citer mcm ni. yg tu pulak jenis raba2 nak tukar gear kena pegang tgn bagai. tp ms lia msuk belajar bwk keta,org br kena buang lega sgt..maknanya sblm tu dia ada buat kes. iskhh.. ada kan spesis mcm tu..

Unknown said...

Lia : Masa sue amik kursus utk L pun ada jugaki dgr pasal pengajar yg gatal..haiiishh, sabar je lah..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails