Ingatkan bila pergi sana semata-mata nak amik tarikh appointment tu, tak adalah nak amik masa lama sangat. Rupanya bercinta la jugak. Dengan duk beberapa kali pusing kat area hospital sebab nak cari parking. Pastu ditambah pulak kena pergi klinik kesihatan Putrajaya sebab nak amik surat rujukan lagi. Haaishhh..! Nasib time tu mood still okey lagi.
Hanya kerana tak ada sekeping surat rujukan dari pihak doktorlah yang membuatkan i terpaksa ke klinik kesihatan Putrajaya. Nasib baiklah klinik tu tak jauh dari hospital. Bagi sesiapa yang berhajat nak check-up kat hospital Putrajaya, sila dapatkan surat rujukan terlebih dahulu. Jangan sesukahati nak pergi je.
Actually bukannya i tak tahu procedur hospital tu tapi doktor yang sepatutnya buat surat rujukan tu kata "takpe, i dah tulis kat buku ni..just tunjuk je kat Putrajaya". So follow je lah kata doktor tu. Tapi end up pihak hosital tak terima kalau tak ada surat. Nasib baik boleh dapat surat tu kat klinik kesihatan Putrajaya. Kalau tak komfem kena pergi balik semata-mata nak amik tarikh appointment je.
Tengahari barulah selesai ke hulu dan kehilir and terus bawa kiddos lunch kat cafe hospital. Siapa yang ada check-up kat sana tak yah nak risau bab makan sebab terlalu banyak pilhan makanan yang ada kat cafe tu. Western ada..nasi ayam ada..sup ada..rojak ada..nasi yang beras panjang pun ada. Tak tahulah nasi apa. Nasi beriani kot. Takpun nasi hujan panas. Lauk tak yah nak cakaplah. Macam-macam ada. Tak macam kat hospital-hospital yang lain yang tak banyak sangat pilhan makanannya. (Ni nak pergi check-up ke nak pergi makan ni haaa?).
Okey..kat cafe tu konsep layan diri so biasanya bila i pergi amik food, mr hubby akan tengok budak and sebaliknya. Tapi hari tu terpaksalah mengarahkan Abbas supaya tolong tengok Azziz dan Maryam sementara i pergi amik food. Risau tu tetap ada. Kejap-kejap mata ni duk tengok kat kiddos.
Pasta for kiddos..
Lepas makan kitorang tak terus balik tapi i bawak kiddos pergi lepak dekat playground dalam hospital tu. Sambil berehat melegakan kaki yang penat berjalan sambil menunggu hujan berhenti.
Ingatkan Maryam xcited nak main tapi boleh pulak dia tengok je..
Oh! mereka berdua sangat gumbira!.. :)
Adalah dalam 20 minit melepakkan diri kat dalam playground tu. Itupun Abbas and Azziz still tak puas lagi bila diajak balik. Mana boleh duduk lama-lama dalam playground tu. Dari dapat merehatkan kaki karang bertambah sengal badan pulak.
Pukul 2.30pm baru sampai rumah and disebabkan penyakit malas telah melanda diri ditambah pulak dengan keletihan badan so hari tu jugak kena bagi dapur cuti sehari..hihihihi..
3 comments:
baik aja kiddos akak ye walaupun ke usung ke sana sini.. heheee
anak2 mana pernah penat kalau dpt main kan sue
Lia : kekadang tu banyak kerenah jugak bebudak ni.
Kasihredha : itulah kak..kita yang jadi penat..
Post a Comment