Pages

Tuesday, July 12, 2011

Sambal Tumis Jering

Bahan-bahanya
14 biji jering tanam-dipotong sedikit nipis dan digoreng dahulu.
2 genggam ikan bilis-digoreng garing dahulu
4 sudu besar cili mesin / cili boh
2 biji bawang besar-diblend / ditumbuk
4 ulas bawang putih-diblend / ditumbuk
1 sudu teh asam jawa paste
1 sudu teh pati ikan bilis
Minyak masak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

*jering tak perlu nak digoreng terlalu garing.




  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih serta cili mesin sehingga naik bau.
  • Sederhanakan api dan biar sehingga cili agak masak / pecah minyak.
  • Masukkan asam jawa paste serta pati ikan bilis dan kacau rata.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Tutup api dan biar seketika lebih kurang 2 minit.
  • Kemudian barlah dimasukkan jering dan ikan bilis yang telah siap digoreng tadi. Kacau rata dan siap!

3 comments:

kasihredha said...

akak suka petai berbanding jering. jering kalau makan ada rasa lendir sikit kan...akak dulu suka makan jering relung(yg ditanam hingga tumbuh pucuk)...haaa yg ini tak rasa lendir.
Sure bestkan masak camgini :)

Azian Elias said...

akka ada terbaca news last week, buah jering boleh cause complication kat yr kidneys. Tapi tak sure lah..

apa2 pun nampak sedap.

Unknown said...

kasihredha : petai pun sue suka jugak..jeirng ni kalau yang muda tu sue kureng sikit tapi kalau yg dah tua sikit or yg dah keluar bau tu memang terbaek! wakakakakakaka..

jering tanam ni memang sue maak lauk mcm ni je..ada menu lain jugak ke?

Yan : Oh ye ke..tak surelah pulak..thanks for the info! :)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails