Pages

Wednesday, July 20, 2011

Perancangan untuk minggu depan

Hari ni menu masakan ialah sambal sotong dengan sup kentang. Memang pedasssssss sambal sotongnya! Boleh buat bibir panas!

Hajat hati nak masak sotong style yang biasa kitorang singgah makan kat area Kemaman everytime balik TGG tapi tak berapa nak menjadi. Saiz sotong dah menjadi tapi rasanya tu yang tak menjadi. Haaishhh..

Okey..next week birthday Abbas yang ke-5 tahun. Macam biasalah bila tiba bab tarikh penting ni, kepala pun duk fikir nak bagi apa.

Setakat ni apa yang ada dalam kepala ni is nak bagi Abbas colouring set sebab hari-hari tengok dia tak jemu duk melukis dan mewarna. And tambah pulak minggu lepas pertama kali dia guna water colour. Kemain bertambah teruja lah dia. So far mr hubby okey je cadangan dari pihak pencadang ni. So insyaAllah next weeklah pergi beli.

And perancangan awal pulak nak sambut bezday Abbas kat luar je. Maksud kat luar tu bukan nya sambutan bezday ala-ala garden theme tu tapi sekadar lepak dinner kat luar je. Tapi bila dicongak bahagi balik, kitorang decide buat bbq je kat rumah. Lagipun dah lama gak tak buat bbq kat belakang rumah ni.

This time bbq memang tak nak sibuk-sibuk kat dapur. Maksudnya disini ialah tak adanya bab-bab nak mengoreng bihun ke, mee ke, or yang sewaktu dengannya. Cukup sekadar bbq kat luar and tambah sikit dengan salad. Kalau boleh air pun malas nak buat. Nak beli terus air kotak or air tin je. (bila penyakit malas dah datang, memang akan jadi cenggini lerrrr).



P/s: Komfem nanti kiddos excited!


.

2 comments:

kasihredha said...

anak2 sure excited
mak ayah pun happy :)

Unknown said...

kasihredha : betul tu kak!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails