Pages

Thursday, March 31, 2011

Kangkung Goreng Belacan Bercili

Bahan-bahannya
2 ikat kangkung (seikat lebih kurang saiz pergelangan tangan)-dibersihkan dan dipotong
2 sudu besar cili boh
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan Untuk Diblend (kering)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Beberapa ekor ikan bilis
Sedikit belacan bakar / goreng




  • Panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan yang diblend sehingga naik bau.
  • Masukkan pula cili boh dan gaul rata. Biar sehingga cili agak garing.
  • Masukkan air. Biar mendidih
  • Bubuh garam secukup rasa.
  • Kemudian dimasukkan kangkung dan kacau rata. 
  • Biar seminit dan barulah diangkat.

Ini Mama

.
.


Hasil lukisan dari Abbas.. :)


Monday, March 28, 2011

Rasa sekejap je masa berlalu

Bermacam-macam perasaan ketika ini. kelakar, gembira, frust dan juga cergas. Rasanya tak perlu lah nak jelaskan satu-persatu. Yang penting i happy with my life. Oh yes!

Okey..nak update sikit pasal kiddos. Ketiga-tiga buah hati tersayang sedang diserang selesema yang seperti air terjun Niagra. Hijau karer pun ada. Hahahahaha..siapa yang sedang makan tu jangan marah okey..

Yang pastinya Azziz yang kena dulu. Dia yang start batuk dengan selesema sekali. Pastu barulah ahli skuad yang lain pun ikut. Cuma Abbas dan Maryam je tak batuk.

Cerita pasal Abbas ni, sekarang ni dia dah lebih arif sikit bila bab melukis. Tapi tidaklah searif lukisan kanak-kanak yang dah pro. Cuma nampak la jugak improvementnya.

Untuk usianya yang belum mencecah 4 tahun (kalau ikut tahun, Abbas 5 tahun) tu kira okey la. Dia pun dah start belajar baca Iqra' dengan papa nya. Kadang-kadang tu tugasan tu diberikan kepada mama nya.

Sekarang ni pun me and mr hubby dah start survey sekolah rendah untuk dia. Mungkin ada yang fikir "overnya..anak baru 5 tahun dah heboh nak survey sekolah". Tapi seriously better register sekarang coz once sekolah yang u nak masukkan anak sendiri tu dah full, memanglah takkan dapat masuk. Lagipun memang dah boleh registerkan anak masuk sekolah bagi yang umurnya 5 tahun.

Untuk tadika memang dah tetapkan (setakat entry ni dibuat) akan hantar Abbas ke Genius Aulad. InsyaAllah akan turut hantar adik-adiknya yang lain juga. Tapi sampai sekarang ni Abbas duk tak nak pergi sekolah. Tak faham betul. Lagi dia suruh papa and mama nya pergi sekolah adalah.

Bila duk layan perasaan sorang-sorang ni, ada jugak terfikir yang kejap je masa berlalu. Anak pun dah nak masuk sekolah. Rasa macam sayu je. Silap-silap nanti bila hantar Abbas masuk sekolah, bukan dia yang nangis tapi mama dia yang over nangis. Apadaaaaa..

Azziz pulak sekarang ni dah kenal A sampai Z. Tapi yang pastinya pelat tetap ada lagi. Kalau keluar komfem orang lain tak faham apa yang dibecokkan oleh Azziz. Kadang-kadang tu sampai mr hubby pun tak faham. And jangan tak tahu yang dalam rumah ni ada seseorang yang akan terjemahkan apa yang dikatakan oleh Azziz iaitu Abbas dan juga mama nya ni. Ada time tu juga habis dibahankan adiknya.

Agaknya kalau i pun kerja, silap-silap i pun memang tak faham apa yang dicakapkan Azziz macam..

  • don't want = lo want
  • wash hand = wo en
  • susu = lulu
  • mama = nana
  • papa = tata
  • tak boleh = tak luleh
  • scared = tek

Dah..cukup tu je senarainya. Kadang-kadang tu memang kelakar je bila dengar dia cakap. Lebih-lebih lagi bila dia cakap cepat. Azziz oh Azziz..

Hisap jari tak yah cakaplah. Kalau sehari tak hisap lebih dari 5 session memang tak sah. Bila sapu bawang putih kat jari dia, ingatkan dia terus tak nak hisap tapi bleh pulak dia suruh sapu lagi. Dah macam penambah perisa pulak.

Maryam pulak sekarang ni dah pandai merajuk. Pastu kalau bab nak minum terutama sekali bila ada kat luar, komfem dia nak pegang sendiri. Jangan haraplah dia nak mengalah. Kalau ada mood, layan jugak kerenah dia tapi kalau tak ada mood tak adanya lah nak layan.

Dia pun dah semakin syiok makan nasi. Kalau before this memang susah nak suapkan dia nasi and kadang-kadang tu tak sampai 5 suap dia dah keluarkan dari mulut dia. Tapi now dah okey dah. Kalau dulu memang kena lebih masak spesis mee. Sampaikan dah kembang tekak ni walaupun bukan diri sendiri yang makan.

Cuma dia masih lagi berada dalam peringkat masa Azziz sebaya dengan dia dulu iaitu bila makan buah epal, komfem dia amik jusnya je pastu terus dia keluarkan sisa epal tu dari mulut. Me and mr hubby la jadi mangsa tolong kutipkan.

Itulah kisahnya..Nak masak pau untuk minum petang kiddos. Azziz dah tak sabar nak makan pau.. :)

Tuesday, March 22, 2011

Kangkung Goreng Taucu

Bahan-bahannya
2 ikat (seikat lebih kurang saiz pergelangan tangan) kangkung-dibersihkan dan dipotong
1 biji bawang besar-dihiris
2 ulas bawang putih-dihiris
1 biji cili merah-dipotong
3 sudu besar taucu masin
2 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis



  • Panaskan minyak.
  • Tumiskan bawang besar, bawang putih serta cili merah sehingga naik bau.
  • Masukkan taucu dan kacau rata.
  • Tuangkan air dan biar sehingga mendidih.
  • Masukkan garam secukup rasa.
  • Kemudian masukkan kangkung dan kacau rata lebih kurang seminit.
  • Barulah diangkat dan dihidangkan.

Monday, March 21, 2011

Dino alive

Pagi Sabtu lepas kitorang pergi Pusat Sains Negara sebab nak tengok dinosour bergerak-gerak. Tapi yang geraknya cuma 2 ekor je. Yang lain tu tak tahulah mana dipamerkan. Ntah-ntah memang 2 ekor je. Hehehehe..


Tiket masuk RM25.00. RM10.00 untuk dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak 4 tahun hingga.......tak pasti pulak. Orang memang ramai tapi tak adalah sampai berasak-asak.




















 Terpinga bila nampak dinosour..

 Berkeras untuk tidak ke kawasan dinosour..takutttttttt..

 3 ekor monyet tipu sedang buat konsert..siap berjoget bagai..

 Ni konsert dari 8 sekawan..

 Ini bukan senaman tapi kena kayuh laju-laju untuk gerakkan keretapi..

 Abbas pulak..



 Tidur ke..hehehehehe..

 Abbas the transformers..yang tukang dukung papanya la..



 Maryam tak suka..


First time sampai Pusat Sains Negara and.."ooooo..cenggini rupanya..". Siapa yang nak tengok benda-benda berkaitan fizik, kimia, biologi dan yang sewaktu dengannya bolehlah kesana.

Ada pameran piston and bla bla bla bla..nak sebut satu-satu pun dah tak ingat sebab memang banyak sangat yang dipamerkan.. Playground dengan area untuk bebudak pun ada.

Tapi pameran dinosour sehingga 20 Mac je. Mana yang berhajat nak pergi, nampak gayanya kena tunggu next pameran la kot. Itupun kalau ada dibuat lagi.


Sementara menunggu papanya amik kereta sebab mama nya penat dan malas nak berjalan..

Program asal memang nak ke Ampang lepas pergi Pusat Sains tu sebab ada wedding invitation tapi tak pergi pun akibat tak perasannya mr hubby dengan tembok yang dah lama bertugu kat parking kereta kat situ sampaikan habis disagat dengan keretanya. Srrrrreeeeettttt..........!

Apalagi..terus je dia keluar dari kereta and kelihatan muka yang kecewa. Itu masa dia kat luar kereta tapi bila dah masuk kereta, terus je dia rasa tak ada mood nak pergi wedding tu. Bukan takat tu je..sampai jalan nak balik pun boleh tersalah masuk. Runsing punya pasal. Perut dah lapar ni..salah masuk jalan pulak tu. Haaisshhh..

Ini sama kes masa pergi holiday kat Singapore dulu-dulu tu. Bila mr hubby tersagat tembok kat tempat parking, terus je kitorang tak jadi nak ke Sentosa Island. Kes tak syiok bila kereta kena sagat la ni.

Frustnya sebab tak dapat pergi wedding tu. Bukan sebab artis yang kawen tapi sebab rasa nak pergi kenduri orang kawen. Adakah kerana tekak ni duk teringin nak makan lauk ayam masak merah yang biasa kat kenduri orang kawen tu????..Entahlah..

Ingatkan boleh terus pergi makan tapi mr hubby ajak singgah bengkel dulu. Selagi dia tak pergi bengkel selagi tu dia tak senang duduk. Wife dia ni ikut je lah..pendek kata "i fahammmmm".

Lepas tu barulah dapat pergi kedai makan. Itupun mencari jugak sebab Abbas dengan Azziz nak makan roti canai dengan cicah. So haruslah mencari kedai mamak. Bila dah sampai kat kedai Kayu Nasi Kandar Taipan, siap dah duduk bagai sekali bila time nak amik order, katanya roti pukul 4 petang baru diorang buat. Aduh!

Me : Abbas, abang said roti egg don't have. Abbas nak eat rice tak?

Abbas : Then Abbas want roti banana. Abbas don't want rice.

Duhai anakku..roti egg dengan roti banana tu keluarga yang sama..ROTI CANAI.

Anak nak makan roti canai punya pasal, terus masuk kereta and pergi cari kedai mamak lain. And before that tapau nasi campur dengan ulam petai rebus dekat kedai sebelah untuk mama nya dulu.

Last-last makan dah nak pukul 3.30 petang baru lunch. 3 keping roti telur untuk kiddos dan mr hubby.


 



Mr hubby : Abbas, nanti when papa and mama dah tua, if papa and mama nak makan roti canai, Abbas nak belikan tak?

Abbas : Don't want.

Mr hubby : Why?

Abbas : Nanti duit Abbas habis.

Janganlah begitu wahai anakku..

Thursday, March 17, 2011

Nak main blocks

Macam biasa bersiaran dari rumah..sekarang ni hanya tinggal kami 4 beranak dimana mr hubby telah keluar berjumpa dengan kawannya. Haaaa..eloklah sangat tu..nasib baik dia dinner kat rumah. Kalau tak.........memang ler..

Sekarang ni pun kiddos tengah syiok layan main blocks sambil kedengaran bunyi "this Abbas punya".."Maryam..go!".."Ni Azziz punya"..

Oooooo..nak gaduh ye..gaduhlah..biar semua orang tak dapat main blocks. Biar mama sorang je yang main blocks sorang-sorang. Baru semua puas hati.

 



Dahlah kat kelopak mata ni naik ketumbit lagi. Ituhari baru je sembuh dari jerawat batu kat kening. Hari kesembilan baru lah dapat picit jerawat batu tu sepenuhnya.

Tiap kali keluar je komfem orang duk perhatikan sebab saiznya yang memang besar gedabak sampaikan bulu kening boleh gugur. Macam mana tu? Ini dah keluar ketumbit pulak. Haaisshhh..


















Terpaksa berhenti sekarang kerana kiddos telah bergaduh pasal masing-masing nak menguasai blocks sepenuhnya. Pengadil nak datang tolong menenangkan keadaan sebelum pengadil akan jadi king kong.







Tataaaa..






.

Bendi Goreng

Bahan-bahannya 
300g kacang bendi-dibersihkan dan dipotong
2 sudu kecil Tumix Ikan Bilis
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan Untuk DiTumbuk
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih



  • Panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan yang telah siap ditumbuk
  • Masukkan sayur bendi yang telah dipotong.
  • Masukkan sekali Tumix Ikan Bilis.
  • Kemudian masukkan garam secukup rasa.
  • Kacau rata dan boleh dihidangkan.

Wednesday, March 16, 2011

Resepi Jeruk Maman

Okey..lately ni ada baca satu entry dari blog kak KASIH pasal jeruk maman ni. Serius time tu terus rasa tekak ni duk memanggil "maman..maman..aku nak mamam kau wahai maman"..

Bila time pergi pasar malam, i cari sampai kesemua bahagian yang menjual sayur kot-kot ada dijualnya sayur maman ni walaupun masa tu jugak memang tak pernah tengok sayur maman yang belum lagi dibuat jeruk.

Hasil dari klu yang diberi oleh FIL pasal sayur maman ni, katanya batang sayur maman ni lebih kurang sama macam batang sayur bayam.

Tapi semua bahagian sayur kat pasar malam sini memang tak ada jual. Sayur bayam ada la jual. And rasanya tak salah kalau i katakan sayur ni senang nak dicari dibahagian pantai timur sebab rata-rata yang tahu pasal sayur maman ni komfem orang dari sana. Tapi tak tahulah kalau kat pasar area lain memang ada jual sayur ni.

Kebetulan sabtu hari tu mr hubby tengah godek-godek facebook nya and ada antara kawannya yang buat status pasal dia ni baru je lepas dapat beli sayur maman dekat pasar borong Selayang. Apalagi..haruslah minta dibelikan untuk kitorang kannn..lagipun kawan mr hubby pun dah offer kot-kot kitorang nak ke tak.


Seikat RM2.00..dapat beli 3 ikat..

Bagi yang tak tahu, jeruk maman ni biasa dimakan dengan nasi dan ada juga yang masak maman ni bersama gulai lemak cili api ikan tenggiri.




Bahan-bahannya
3 ikat sayur maman-dipotong dan dibersihkan dahulu
Garam secukup rasa
Beberapa ketul nasi-lebih kurang sebesar coklat koko jeli
Air suam


Jeruk maman..rasanya yang masam dan sedikit masin memang terangkat!..
  • Masukkan sayur maman kedalam bekas / balang kosong peringkat demi peringkat. Macam buat lasagna.
  • Kemudian bubuhkan sekali seketul nasi dan garam bagi setiap peringkat.
  • Apabila bekas / balang telah penuh, barulah dimasukkan air suam.
  • Biar sehingga 3 hari dalam suhu bilik dan barulah boleh dimakan.

*Garam dibubuh setiap peringkat sayur maman..jadi agak-agak lah sendiri ye..
*Air suam tersebut perlu memenuhi bekas / balang tersebut.
*Selepas mula dimakan, boleh simpan jeruk tersebut ke dalam fridge.




P/s : Suka betul Abbas makan nasi dengan jeruk maman ni.. :)

.

Thursday, March 10, 2011

Rupanya kad ATM pun dia curi!

Memang sungguh tak disangka-sangka. Ingatkan hanya duit yang diambil tapi rupanya sampaikan ATM kad pun diambilnya. Kalau rembat kad kredit sekali..memang naya la jawabnya.

Dimulakan dengan al-kisah disuatu petang yang sungguh tenang. Hajat dihati nak keluarkan duit tapi lain pulak jadinya. Boleh pulak kad ATM tu tiba-tiba bertukar nama orang lain!. Bila masa pulak i pi tukar nama pulak ni kan. Boleh pulak kat mesin tu tertera nama N-N-A.

Ah! dah tak syak orang lain selain dari si X yang mencuri duit i lebih kurang 3 minggu yang lepas. Keterangan lanjut, boleh baca entry ni.

Maknanya kalau hari tu i tak keluar duit sampai sekarang la kot i pun tak tahu yang kad ATM i memang dah ditukarkan dengan kad orang lain. 

Apalagi..lepas tu terus call si A yang memang in-charge sekolah memandu tu untuk tanyakan samada ada tak student nama N-N-A ni. Okey, katanya next day baru dia boleh bagi tahu resultnya sebab masa tu Ahad and dia tak masuk office pun.

Tujuan nak tahu wujudnya student N-N-A ni sebab nak sahihkan lagi yang ini semua kerja si X ni which is dia sengaja tukarkan kad student yang lain demi menutup mata pihak lawan. Kiranya bila i buka bag duit i terang-terang nampak kad ATM i ada tapi yang sebenarnya itu kad orang lain. Dia sengajakan twistkan. Sungguh bijak tak bertempat!

So on Monday si A ni cakap tak ada student nama N-N-A yang belajar kat situ. Okey, takpe..Kita usahakan cara lain pulak.

Mr hubby cari melalui facebook pulak tapi tak keluar N-N-A. Yang ada kat facebook pun cuma N-A. Minah ni pulak dah set setting fb nya sampaikan orang lain tak boleh nak message kat dia melainkan kena add dia as a friend. Nak tak nak mr hubby add jugak. Lepas je N-N-A accept friend request, terus je mr hubby message dia.


 Bingo! Usaha yang tidak sia-sia..

Lepas tu pulak mak si N-N-A terus call mr hubby untuk mendapatkan penjelasan dengan lebih lanjut lagi. Rupanya anaknya N-N-A tu baru lepas sekolah. Itu yang mak yang mainkan peranan tu. :)

Memang betul kad ATM tu anaknya yang punya and kad ATM yang ada dalam simpanan anaknya tu rupanya bukan milik anaknya. And itupun anak dia baru perasan lepas dapat mesej dari fb tu. Maknanya selama ni pun memang si N-N-A dah lama tak guna kad ATM.

I pun duk fikir apa motif si X ni pergi tukar kad i dengan kad si N-N-A ni. Sampai terfikir adakah dia ni guna cara tak elok. Haaisshhh..dijauhkan lah dari segala macam spesis tak elok ni.

Then kitorang set nak jumpa petang hari yang sama dekat area sekolah memandu. Sebelum nak bagi kad tu of course kena siasat bila si N-N-A ni belajar dengan si X..perasan tak ada duit hilang time belajar dulu tu..and bla bla bla bla.

Memang jalan ceritanya lebih kurang sama dengan jalan cerita yang i alami which is bawa kereta start dari rumah..letak bag kat belakang seat..dan yang paling penting sekali belajar dengan orang yang sama.

Dan yang paling tak tahan tu is kad ATM yang ada dekat tangan si N-N-A ni pulak bukannya kad i tapi kad orang lain pulak. Ah! sudah..siapa lagi pulak ni.

Tapi time tu memang dah syak komfem student dari sekolah memandu yang sama. Nak tak nak memang kena pergi ATM machine bagi mengetahui empunya kad tersebut sebab dengan cara tu lah yang boleh tahu kad tu milik siapa. Bila dah check sekali keluar nama E-L.

Apalagi..terus suruh sekolah memandu tu check dalam sistem diorang nama E-L tu and memang sah ada! Nampak sangat si X ni memang amik kesempatan bila tiba turn dia ajar student bawa kereta.

Lepas call E-L and hasil soal selidik sekali lagi, memang si E-L ni pernah belajar dekat sekolah memandu yang sama dan memang pernah hilang ATM kad. Bezanya cuma si X ni tak letakkan kad orang lain dalam beg duit E-L tu.

Selesai je sessi pot-pet dekat sekolah memandu tu, mr hubby terus call si X and lebih kurang ni perbualan mereka berdua yang i turut sama dengar..

Mr hubby : Hello..ni ***** ye..saya (sopan lagi tu guna ayat perkataan "saya") ni husband Sue yang awak curi duit dia hari tu.

Si X : Ye bang..saya ingat lagi. 

Mr hubby : Awak ada amik kad ATM wife saya kan??? Awak pun ada amik kad N-N-A dan kad E-L sekali kan??

Si X : A'ah bang..memang saya ada amik. 
Perrghhhhh! pengakuan yang berdesing telinga dengar!

Mr hubby : Mana kad tu sekarang???

Si X : Rasanya saya dah buang la bang. Nanti saya tengok balik kalau saya ada simpan kat rumah. Saya saja amik kad tu sebab nak cek.................(time ni mr hubby dah potong cakap dia)

Mr hubby : Bagi balik kad tu. Awak nak simpan buat apa???? Nak cek apa????

Si X : Okey bang..saya ngaku saya amik tapi saya tak dapat nak keluarkan duit dia pun.
Of course la kau tak boleh nak keluar duit aku sebab aku tak guna i/c number as aku punya nombor pin!

Mr hubby : So nak buat police report???

Si X : Jangan la bang..saya dah pun terima hukumannya. Nanti saya bagi kos buat kad baru.

Mr hubby : Tak payah!..sekarang ni saya nak kad tu.

Si X : Okey bang..nanti saya cari dekat rumah. Kalau ada, malam karang saya telefon abang balik.
Sampai sekarang ni pun dia tak call. Kitorang pun tak berharap untuk dia call balik. Blah la kau..

Rasanya si X ni sengaja amik kad pastu dia cuba keluarkan duit dengan memasukkan nombor pin dengan menggunakan nombor i/c student tu sebab kalau tak silap dia boleh tahu nombor i/c student dari kad pelajar dan dia pun bajet student tu guna nombor i/c sebagai nombor pin.

Nombor i/c ni kan senang nak di ingat sampai bila-bila and itu yang dia fikir macam tu kot. Mana kad yang dah kena curi dengan si X ni and nonbor pin nya menggunakan nombor i/c, dapatlah si X ni duit percuma.

Masa kitorang duk ber pot-pet dekat sekolah memandu tu, si A yang in-charge sekolah tu kata yang pihak diorang memang nak buang si X ni dari kerja kat situ and gaji si X ditolak RM100 bagi menggantikan duit yang telah diambil. Adakah itu yang dimasukkan si X "saya dah pun terima hukuman".





P/S :Dalam situation macam ni, bagus jugak ada facebook ni. And me and mr hubby tak jadi buat police report pun..Itulah si X yang juga bapa kepada 5 orang anak..sekian..



Wednesday, March 9, 2011

Ole-Ole Bali

Teringin nak try makan kat sini bila tengok decoration restoran ni punyalah happening so manalah tahu kot-kot food kat situ pun happening jugak plus my SIL pernah makan kat situ and katanya murah dengan portion yang besar.












Avocado Shake..RM12.00..

Barley Lime..RM6.00..

Nasi Campur-Beef RM33.00..

Macam Nasi Campur Beef tu..dihidangkan sekali dengan sambal yang lebih kurang rasa macam sambal belacan, sayur kacang panjang yang dipotong dadu, dengan sambal apa ntah. Mungkin sambal yang biasa orang bali makan kot.

Pastu sekali dengan daging yang rasanya macam rendang. Didatangkan sekali dengan sotong, sayur kangkung, udang, sate lilit, fish fillet dan keropok. Menu ni makan dengan nasi putih.


Nasi Siap Bumbu..RM27.00..

Untuk menu Nasi Siap Bumbu tu pulak, dihidangkan dengan sambal yang rasa macam sambal belacan tu, sayur kacang panjang yang dipotong dadu dan sambal yang tak tahu namanya tu.

Datang sekali dengan sayur kangkung, keropok dan ayam setengah ekor. Betul..memang setengah ekor!  Yang ni pulak makan dengan pulut kuning.


Kid Pasta pakej dengan air..RM9.00..

Pada awalnya memang me and mr hubby cuma order 2 main course sebab tengok portionnya yang besar so cukuplah untuk kitorang kongsi lima beranak. Tapi last-last kena order menu lain untuk kiddos pulak sebab diorang buat dek je bila tengok nasi-nasi tu sampai. Macam biasa lah..pasta for kiddos!








Barulah kiddos ni layan diorang punya food..apa kurang mama diorang kan..hehehehe..

Keseluruhannya food kat situ boleh tahan rasanya cuma masa pergi tu tekak ni still tak terasa nak enjoy makan nasi so tak berapa nak enjoy sangat. Tapi sambal belacannya memang sedap and masakannya lebih kurang macam masakan kita kat sini je. Tak jauh beza sangat. Pasta tu rasanya lebih kurang pasta bolognese je tapi tak berapa nak kick sangat la. 

Cuma kat situ tak disediakan kerusi budak yang macam biasa kita nampak kat mana-mana restoran. Setakat diletakkan kerusi kecik kat atas kerusi beralas merah tu and barulah budak duduk atas kerusi kecik tu. 

Mana Maryam tak kejap-kejap nak mengelongsor je kerjanya. Sambil suapkan dia sambil duk pegang dia takut gelongsor kebawah.











Tuesday, March 8, 2011

Spicy Olio Chicken yang memang best!

Baru-baru ni ada appointment dengan doctor. Hasil scan yang dibuat, Alhamdulillah baby semuanya okey and mengikut hasil scan tu jugak menunjukkan usia baby lebih kurang 11w6d. So nak masuk 3 bulan dah.

Dari zaman pregnantkan Azziz memang check dengan doc yang sama and setiap kali check komfem semua ahli akan ikut. Kalau dulu masa Azziz, Abbas je lah yang ikut. Bila time Maryam, kedua-dua abangnya ikut sekali. And now bila turn si baby pulak, semuanya ikut sekali. Memang riuh dalam klinik doc tu.

Macam biasa lah kan..main sana-main sini. Kejap-kejap keluar masuk klinik tu. Masing-masing dah macam tengah santai kat rumah pulak.


 Dalam klinik..time makan, silalah duduk diam okey..

Tengahari lepas selesai urusan dengan doc terus pergi Ikano dan Ikea. Lama jugak tak lepak situ. Dah alang-alang ada dekat area Damansara, haruslah singgah sebentar walaupun hakikatnya perkataan sebentar tu memang tak layak digunakan..hehehehe..

Serius ramai orang pergi Ikea time tu. Nak tolak troli dengan stroller pun kena hati-hati. Kang tak pasal-pasal terlanggar orang. Dah lah stroller kiddos dah ada pengalaman langgar kaki orang.

Agaknya sebab sale yang Ikea buat. Takpun time kitorang datang is peak hour so orang pun berpusu nak ke Ikea sebab nak lunch meatball kot. Promotion meatball time tu 10pcs is RM8!.

Kebiasaannya kalau sampai Ikea ni, mesti orang beratur nak beli ais-krim, karipap and tak pun meatball kat situ. Samalah dengan empunya blog ni. Cuma hari tu je tak terasa nak beratur. So no ais-krim..no karipap and no meatball.

Sambil cuci mata sambil beli barang sikit-sikit. Iya..memang sikit pun. Empat keping alas kaki dengan set sudu, garfu dan pisau untuk kiddos. Nasib baik lah time nak bayar tu tak ramai orang. I loikeee... :)

Selepas Ikea barulah pergi lunch kat Dome Ikano. Kali ni mr hubby belanja. Oh yes! mari kita enjoyyyyyy.






 Hobi dimasa terluang..

 Orang lain makan..Maryam lena diulit intan..

Grilled Beef Steak for mr hubby..RM29.50..

Spicy Olio Chicken for me..memang sedap!..RM23.00..

Kids menu..Junior Penne Bolognese..RM11.00 per bowl..


Ni kira first time i makan kat Dome but bukan mr hubby. Itu yang dia cadangkan makan dekat situ. Katanya steak kat situ sedap jugak and disebabkan wifenya kecewa selepas makan steak kat sini malam sebelum tu, dia pun order steak. Marilah kita share makanan ye. U separuh, i separuh..hihihihi..

Serius menu yang kitorang order tu memang kena dengan tekak. Sangatlah berbaloi-baloi sedapnya. Masih terbayang lagi spicy olio chickennya yang menarik lagi kebaboom tu. Penne bolognese pun sedap. Slllluurrppppppppp!

Next time boleh makan kat Dome lagi. Silalah kumpul duit lebih sikit ye mr hubby..hehehehe..



Related Posts with Thumbnails