Pages

Tuesday, November 2, 2010

Lala Bercili

Bahan-bahan
1 1/2kg lala
2 1/2 sudip cili boh
Daun kunyit-dihiris
Serbuk Tumix ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

*tidak perlu ditambah air kerana lala tersebut akan kecut dan dengan sendiri akan mengeluarkan airnya. Tetapi kalau nak ada kuah, boleh la kalau nak tambah air.

Bahan untuk diblend
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih


  • Panaskan minyak.
  • Masukkan bahan yang telah siap diblend sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan cili boh.
  • Masukkan Tumix ikan bilis.
  • Bubuh garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan lala dan kacau rata. Tunggu sehingga lala masak.
  • Taburkan daun kunyit dan kacau rata.
  • Biarkan lebih kurang dalam 5 minit dalam keadaan api yang sederhana barulah ditutup api.

2 comments:

Lia said...

terliur tgk.. yum..yum.. lia suka ratah lala ni klu buat goreng cili.. sedap kan.. ;)

Unknown said...

Lia: lama dah tak masak lala bercili ni..ratah macam tu pun dah sedap!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails