1 1/2kg lala
2 1/2 sudip cili boh
Daun kunyit-dihiris
Serbuk Tumix ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
*tidak perlu ditambah air kerana lala tersebut akan kecut dan dengan sendiri akan mengeluarkan airnya. Tetapi kalau nak ada kuah, boleh la kalau nak tambah air.
Bahan untuk diblend
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
- Panaskan minyak.
- Masukkan bahan yang telah siap diblend sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan cili boh.
- Masukkan Tumix ikan bilis.
- Bubuh garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan lala dan kacau rata. Tunggu sehingga lala masak.
- Taburkan daun kunyit dan kacau rata.
- Biarkan lebih kurang dalam 5 minit dalam keadaan api yang sederhana barulah ditutup api.
2 comments:
terliur tgk.. yum..yum.. lia suka ratah lala ni klu buat goreng cili.. sedap kan.. ;)
Lia: lama dah tak masak lala bercili ni..ratah macam tu pun dah sedap!
Post a Comment