Pages

Wednesday, February 23, 2011

To protect my country

Baru je lepas beli ais krim dari mamat motor mat kool..yummie! Kiddos of course lah makan ais krim tu kat luar. Mudah untuk dicuci!

Bila cerita bab ais krim ni, compare to mr hubby i lebih suka dengan ais krim batang ataupun yang kat dalam bekas kecik tu. Kalau ais krim yang isi dalam tupperware tu memang kureng sikit. Kebanyakkan yang akan habiskan kiddos and mr hubby. Mungkin sebab bila ais krim batang or yang cup kecik tu, senang je nak makan. Tak yah nak sibuk-sibuk amik mangkuk pastu nak kena cuci balik.

Okey..cukup sampai disitu je cerita ais krim. Nak cerita pasal benda lain pulak. Hehehehehe..

Ingat tak zaman sekolah rendah dulu kita diberikan satu kad kaler hijau kot dimana dalam kad tu ada segala maklumat peribadi macam nama ibubapa, alamat, tarikh lain and etc. Zaman u alls tak tahulah ada or tak.

Pastu dalam setahun tu mesti ada 2-3 kali kot cikgu akan panggil kita untuk di interview. Bukan interview yang berat-berat tapi cuma nak tanya cita-cita bila dah besar nanti. So maknanya dalam kad hijau tu memang ada satu kolum untuk diisikan cita-cita pelajar. Ada 3 pilihan tu.

Masa tu kan.. 3 pilihan yang pernah disuarakan pada cikgu kelas is kerani, cikgu, polis, tentera dan termasuk juga ustazah. Wah! sejuk je perut ibu yang mengandung..

Rasanya lingkungan umur dalam 7-8 tahun so dalam darjah 1 hingga darjah 3. Masa tu cita-cita yang telah menjadi pilihan dihati berkobar-kobar je bagitahu kat cikgu kelas.

Kawan-kawan yang lain memang tak amik tahu pun apa yang diorang nak jadi. Yang pastinya student lain best je cakap nak jadi doktor la..lawyer la..engineer la..Tapi profession kerani, cikgu, polis, tentera dan ustazah yang menjadi pilihan dihati.

Ada satu time tu semua student kena bagitahu kat satu kelas cita-cita masing-masing. Me pun duk fikir jawapan yang nak dibagi kat cikgu kalau-kalau dia tanya "kenapa awak nak jadi polis". Dalam kepala otak ni memang dah standby jawapan khusus.."nak jaga keamanan negara". Jangan tak tahu itu jawapan asal yang i sendiri tanya pada kawan sekelas i.

Iyalah kan..masa zaman kecik-kecik tu bila fikir polis je, komfem akan fikir satu benda je iaitu polis tangkap penjahat. So untuk mendapatkan jawapan yang gempak sikit, terkeluarlah jawapan nak jaga keamanan negara tu.

Bila tengok kad tu balik, sure dalam hati tersengeh-tersengeh macam kerang busuk. Bila difikirkan balik, bagus juga ada kolum macam tu sebab at least kita ni sebagai student yang kecik-kecik (darjah 1) dah tahu apa yang dimaksudkan dengan cita-cita.

Mungkin juga ia boleh dijadikan sebagai panduan untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh lagi. Betul tak?

Me : Dah besar nak jadi apa?

Cousin : Pemandu lori.

Me : Errk!

Ini sebab dia suka main dengan permainan spesis lori and kalau tak silap masa tu dia tadika kot. I pun tak tahu apsal i boleh pilih kerani, cikgu, polis, tentera dan ustazah. Pengaruh siapa la ni..Cikgu tu memang dah betul dah.. :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails