Kepingan ikan salmon
Garam
Lada hitam
- Lumurkan garam dan lada hitam keatas ikan salmon.
- Panggangkan ikan tersebut sehingga masak.
Bahan Untuk Sos
2 sudu marjerin
1 biji bawang besar-dipotong dadu
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu kecil oregano flakes
280ml susu segar
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa
secubit lada hitam
- Panaskan marjerin dan tumiskan bawang besar sehingga bawang menjadi agak layu.
- Masukkan tepun gandum dan gaulkan sehingga bawang melekat pada tepung.
- Tuangkan susu segar, kacau rata dan biar sehingga mendidih.
- Masukkan oregano, lada hitam, lada sulah dan garam secukup rasa. Biarkan seketika.
- Boleh dituangkan keatas ikan salmon yang telah siap di panggang.
Bahan Sampingan
Broccoli
Capsicum kuning
Lobak Merah
3 sudu besar marjerin
Garam secukup rasa
1 sudu besar lada hitam
1 cawan air
- Panaskan marjerin dan masukkan lobak merah.
- Tuangkan air dan biar sehingga lobak sedikit masak.
- Masukkan pula broccoli dan capsicum.
- Taburkan garam secukup rasa dan lada hitam.
*bahan untuk sos diatas adalah untuk 5 keping ikan salmon..bolehlah buat sukatan mengikut bilangan kepingan ikan yang digunakan.
*bahan sampingan boleh digantikan dengan bahan yang lain mengikut citarasa sendiri.
3 comments:
tq share resepi nanti blh try.. heee
uhhh...sgt menyelerekan!
ikan salmon memang best...
harga dia pun best juga kan..hihi
akak suka makan dengan mayonis.
Post a Comment