Pages

Thursday, February 24, 2011

Rebung Masak Lemak Cili Padi bersama Tetel

Bahan-bahannya
1/2kg rebung-dibersihkan dan ditoskan
1/2kg daging tetel
250ml santan
Air-anggaran mengikut masa yang diambil untuk merebus daging
Daun kunyit-dihiris
1 sudu besar pati ikan bilis
Garam secukup rasa

Bahan Untuk Diblend
1 biji bawang besar
4 bijii cili padi

*kalau nak lebih kuah, boleh tambahkan air..kalau nak pekat, boleh dikurangkan jumlah airnya..



  • Rebuskan daging tetel sehingga daging menjadi empuk.
  • Bila daging telah empuk, dalam sukatan air yang tidak terlalu banyak, masukkan kesemua bahan yang telah diblend. Biar seketika.
  • Masukkan santan serta rebung.
  • Masukkan pati ikan bilis dan bubuh garam secukup rasa.
  • Kemudian masukkan sekali daun kunyit dan kacau rata.
  • Siap dah.. :)

4 comments:

kasihredha said...

tetiba jadi lapar
akak suka rebun sue
kat dusun akak sg lui ada byk rebun

kalau masak lemak memang best...kruk krak kruk krak bunyi dia...:)

Lia said...

walaweiii... sedapnya rebung masak lemak. mmg favourite lia ni.. yum..yum..

Sue said...

kasihredha : akak..sue mmg suka rebung ni..bila tengah masak, harum semerbak satu rumah bau rebung tu..

Lia : tapi sekarang ni bila bayangkan rebung tu, terus rasa kembang tekak ni..maybe keadaan sue sekarang la ni..

Yan said...

dap nya... makan dgn nasi panas2..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails