Pages

Monday, February 7, 2011

Ketika ini

Masih lagi berada dalam keadaan yang tidak berapa fresh. And mungkin entry akan jarang dibuat. Kena tunggu sampai badan ni betul-betul dah segar lagi bugar barulah segala aktiviti harian dapat dibuat dengan penuh semangat.

Dapur rumah pun memang amat jarang sekali untuk berasap melainkan bila tiba waktu menyediakan makanan kiddos. Nasib baik mr hubby faham sesangat condition wife nya ni. Orang kata inilah time yang sesuai untuk lebih menjadi gediks dengan mr hubby. Yeah! :)

Dalam masa yang sama juga dah lama dah perut ni tak menjamah nasi dengan enjoynya. Rasanya boleh dikira dengan jari kekerapan nasi yang diambil. Rasa kembang je tekak ni bila bayangkan nasi. Apatah lagi nak masak kan. Sekarang ni pun menu yang biasa dibuat kalau bukan spesis mee, akan buat pasta or burger.

Me lebih banyak minum air dan lebih berselera untuk makan buah dan makan makanan yang dimasak oleh orang lain. Kecuali nasi. Bahan mentah yang terperuk kat dalam freezer pun still dalam keadaan sediakala. Tak luak pun. Cuma beberapa ketul ayam je yang diambil malam tadi. Oh! malam tadi mr hubby masakkan nasi goreng untuk dirinya dan kiddos. Thanks!

3 comments:

intannazirajalil said...

kak sue, take care ye...

kasihredha said...

hihi...akak dulu bau menumis pun boleh muntah...hormon problem

Sue said...

intannazirajalil : okies!

kasihredha : betul tu kak..bau menumis dan bawang pun mmg tak blh..tgk bahan ikan kat pasar pun dah mual..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails