Pages

Friday, October 14, 2011

Taugeh Goreng Ikan Masin

Bahan-bahannya
3 genggam taugeh halus
1 biji lobak merah - dihiris nipis
6 tangkai daun kucai - dipotong memanjang
1 biji bawang besar - dipotong bulat 
4 ulas bawang putih - dipotong nipis
3 keping ikan jeruk masin tenggiri - dipotong kecil
1 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


*i guna ikan jeruk masin tenggiri yang dalam botol (in-oil)
*boleh juga bubuh sedikit minyak yang terdapat dalam botol ikan jeruk masin tenggiri tersebut semasa menumis.





  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, ikan masin dan bawang besar sehingga naik bau.
  • Masukkan lobak merah serta daun kucai dan kacau rata.
  • Kemudian masukkan  air dan biar mendidih.
  • Masukkan taugeh dan garam secukup rasa. Kacau rata. 
  • Biar lebih kurang 2 minit barulah diangkat & dihidangkan.

2 comments:

kasihredha said...

guna ikan jeruk ye..
akak biasa guna unk goreng kailan je...nanti nak cuba :)

Sue said...

kasihredha: kalau goreng kailan sue pun guna ikan jeruk jugak..selamat mencuba.. :)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails