Pages

Thursday, October 6, 2011

Blueberry Cheese Tart

Bahan Untuk Tart Shell
170g marjerin
50g gula halus
1 biji telur gred A
300g tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla

*Kuantiti tepung bergantung pada kelembutan doh.
*Oven perlu di panaskan terlebih dahulu.




  • Pukul marjerin dan gula didalam mangkuk. Tetapi jangan sampai lama sangat.
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  • Uli hingga menjadi doh yang lembut. 
  • Ambil sedikit adunan dan terapkan kedalam acuan tat dan cucuk dengan garfu ditengahnya sebelum dibakar.
  • Kemudian barulah dibakar ke dalam oven dengan suhu 170c hingga masak.

Bahan Untuk Cream Cheese
200g cream cheese
50 g gula halus
1 biji telur gred A
1/2 sudu teh esen vanilla

*boleh juga guna esen lemon.

  • Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  • Masukkan telur dn esen vanilla dan teruskan putar.

Bahan Untuk Filling
Bluberry filling - boleh didapati di kedai bakeri


 Bubuh blueberry ke dalam kulit tat terlebih dahulu..

 Masukkan cream cheese dan loretkan design ka atasnya..

Bluberry cheese tart yang telah siap..


Caranya

  • Bubuh filling ke dalam kulit tat yang telah siap dibakar.
  • Kemudian masukkan pula cream cheese ke atasnya dengan menggunakan piping bag.
  • Bakar selama 5 minit pada suhu 170c.
*Krim yang telah masak tidak akan melekat apabila disentuh. Jika tidak, bakar lagi seminit.  
*Untuk buat lukisan kat atasnya, cuma ambil sedikit cream cheese tadi dan bubuh sedikit pewarna kedalamnya dan gaul rata. Barulah diloretkan ke atas tat tersebut.



P/s : Disebabkan tiada pewarna ungu, hijau pun hijaulah..walaupun ia bukan kiwi cheese tart!


Resepi diperoleh dari Azita Kitchen sebelum diubah suai.. :)
.

2 comments:

kasihredha said...

perlu di cuba ni
suka sgt dengan cheese tart ni

Sue said...

kasihredha: silakan mencuba kak..first time sue makan bluberry cheese tart ni..sedap gak rasanya!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails