Pages

Friday, January 7, 2011

Alhamdulillah..boleh teruskan langkah yang seterusnya..

Hari ni hari Jumaat so kiranya dah 5 hari tak update blog. Ini kerana nak beri lebih perhatian dekat ujian teori berkomputer bagi memperolehi lesen L. Kalau tak lepas test teori ni, jangan haraplah boleh teruskan kelas amali.

Actually asalnya test teori ni diadakan pada selasa yang lepas. Akan tetapi.................disebabkan terlalu 'rajin' untuk membaca buku yang telah diberi, keputusan yang diperolehi adalah gagal. Seriously time tahu gagal tu, memang rasa dah tak ada mood.

Itulah..bila dah tak well prepared ni memang cam gitu la jadinya. Sepatutnya ada masa 8 hari untuk membaca sebelum test tapi cuma gunakan 2 hari je untuk membaca. Itupun macam tak sepenuh jiwa. Contoh soalan yang dibagi untuk buat kat rumah pun memang tak habis jawab. Mr hubby kata dia pun memang tak terkejut dengan result test tu sebab katanya i tak nampak macam orang yang nak amik test.

Tak pasal-pasal kena bayar lagi RM40 untuk ambil test ulangan. Itu yang terus stop berblogging pasal nak membaca. Nak buat entry tentang program Isnin yang lepas pun kena tunda dulu.

Petang tadi ada buat retest and Alhamdulillah..keputusan bagi retest tadi sangat-sangatlah berpuashati dan membanggakan. Hanya 2 yang salah. Sesungguhnya hati ini sedang berbunga-bunga. Cewah!


P/s : Program Isnin yang lepas akan diupdate kan nanti ok.. :)

4 comments:

kasihredha said...

tahniah...tahniah
patut le lama tak bersiaran
rindu le
Akak ambik ujian camgini tahun 1986..dah hampir 25 thn yg lalu...akak heran camana akak boleh lulus..hihi

LiAnA said...

tahniah dh dpt lesen L.. lepas ni kena tarik nafas panjang2 utk praktikal lak hihi..

percaya ler.. bila dh pandai drive nnt lg seronok.. :p

Sue said...

kasihredha : thanks akak..sue pun rindu nak menjelajah blog kengkawan yang lain..

kira bagus lah akak lulus tu..tak perlu nak mushkil lagi..hehehehe..

Sue said...

LiAnA: thanks akak..tarik nafas pastu hembus keluar..hahahahaha..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails