Pages

Monday, January 10, 2011

Tak kelakar sangatpun..tapi tersengeh la jugak

Khamis yang lepas kena gunakan dapur gas untuk masak nasi sebab periuk nasi tiba-tiba tak berfungsi. Padahal tengahari tu elok je panaskan nasi. Terus call mr hubby nak mengadu la kan. Sambil duk mengadu sambil duk pot-pet pot-pet kat dalam telefon.

Me : Bi..nak tahu tak? 
Mr hubby : Apadia?
Me : Periuk nasi kita dah rosak. Tengahari tadi ok pulak.
Mr hubby : Iya? So nak kena beli baru la ni?
(Perlukah untuk wife nya ni menjawab soalan yang terang-terang dia pun dah tahu jawapannya? Yes! memang perlu kerana itu adalah satu soalan yang memerlukan jawapan!)
Me : Yelah..

Petang balik kerja mr hubby terus cuba on kan periuk nasi tu. Nak check jugak biar puas hati tapi tak berhasil. 

So Sabtu lepas kitorang pergi lah beli periuk nasi. Sampaikan lebih kurang dalam sembilan kedai elektrik kitorang survey termasuklah Giant dan Carrefour. Mr hubby ni jenis yang suka survey barang sebelum nak beli. Katanya biar jadi pembeli yang bijak. Follow je lah..

Akhirnya dapatlah beli periuk nasi yang baru kat Taipan. Siap dapat perangkap tikus as a free gift. Agak musykil jugak sebab apa kena mengena beli periuk nasi dekat kedai elektrik pastu dapat hadiah percuma perangkap tikus? Tapi ambil je lah. Janji free..hahahahaha..

Sebelum dapat beli tu kitorang lepak dekat Secret Recipe. Mr hubby nak makan kek pulak. Time pergi SR tu pulak dapat percuma a cup of coffe / tea kalau beli sepotong kek. Beli 3 slices, dapatlah 3 cup. So haruslah suka kan..


 Chocolate strawberry..pilihan Abbas..

 Chocolate chip walnut..pilihan Azziz..

 Chocolate fudge..ini i yang pilih..hehehehe..

 White coffee..

 Abbas with his chocolate strawberry..

 Azziz with his chocolate chip walnut..

Lil' Princess with her finger.. :)



Okey..sampai je rumah and sebelum nak nak buangkan periuk nasi yang dah 5 tahun lebih berkhidmat untuk kitorang, mr hubby check lagi kot-kot wayar tak masuk rapat. Check punya check sekali boleh berfungsi pulak. Memang betul wayar tak masuk rapat.

Dan-dan tu i baru teringat yang Khamis hari tu punyalah beria tekan button on sampai tergerak periuk nasi tu which is memang logik wayar belakangnya longgar. Kalau ada yang tak faham, buat-buat faham coz payah nak terangkan kat sini..hahahaha..

Pendek cerita, semangat untuk merasmikan periuk nasi yang baru tidak tercapai. Jangan haraplah nak guna yang baru kalau yang lama masih lagi berkeadaan baik.

Lepas tu masing-masing duk tersengeh-tersengeh. Dah lah beria pergi survey lepas tu boleh pulak menanak nasi kat dapur gas padahal periuk nasi still lagi okey.

2 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kenal Sue.

Koinsidenlah pulak.
Last weekend pun saya kena jugak tapi jug kettle.Siap guna periuk untuk jerang air. Rupa-rupanya cord extension tu yang rosak.

Selamat jugaklah poket... hehehe..

Unknown said...

a.z.r.i.n.a.03.07 : salam kenal..itulah..bila difikirkan balik, kelakar pun ada teringatkan masak nasi kat atas dapur gas.

Poket sue memang selamat but poket mr hubby dah koyak..hahahahahaha..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails